KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit tren elektrik (ETS) Platinum bagi perjalanan dari stesen Kuala Lumpur Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya sempena cuti perayaan Maulidur Rasul dan Deepavali.
KTMB dalam kenyataan hari ini menyebut perkhidmatan tambahan itu adalah untuk perjalanan 7, 8, dan 10 Oktober, dan 21-24 Oktober, manakala jualan tiket tren tambahan berkenaan dibuka bermula hari ini.
BACA >>> Staf KTMB Sudah Halang, Netizen Debat Punca Axia Kena Langgar Kereta Api
Menurut KTMB, inisiatif itu diambil bagi memenuhi permintaan penumpang dan memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman atau bercuti dalam dan luar negara.
Tren akan berlepas jam 11 pagi dari Padang Besar dan tiba di KL Sentral pada jam 4.36 petang, manakala tren dari KL Sentral akan berlepas pada 5.05 petang dan tiba di Padang Besar jam 10.34 malam.
Tiket boleh didapati melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau laman web KTMB.om.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB 03-22671200 atau melayari saluran media baharu rasmi KTMB.
BACA >>> Tren HSR dari China 'Naik Kapal' Ke Indonesia, Tiba Hujung Bulan Ini
BACA >>> Kecoh Babi Hutan Naik, Tukar Tren
Leave a Reply