• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Apa Cerita Isu Puspakom Benarkan Tampal Pelekat Papa Pulang, Mama....?

#SembangDeras: Apa Cerita Isu Puspakom Benarkan Tampal Pelekat Papa Pulang, Mama....?

October 4, 2022 By admin.pandulaju Leave a Comment

533
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINGGU lalu, Puspakom berkongsi sedikit maklumat mengenai isu cermin gelap (tinted) cermin depan kenderaan komersial menerusi Facebook untuk menjelaskan apa patut dibuat dan larangan mengikut undang-undang.

Perkongsian itu menjadi hangat apabila seorang netizen bertanya (foto atas) mengenai kebenaran menampal pelekat (sticker) berbaur lucah seperti 'Papa Pulang Mama Basah' dan seumpamanya.

Komen dan soalan itu kini sudah disembunyikan, dipercayai untuk mententeramkan suasana. Bagaimanapun, jawapan Puspakom tersebut mula tular, dan kami juga sempat menyimpan tangkap layar soal-jawab itu.

Ayat 'Papa Pulang Mama Basah' dipercayai dipetik daripada lagu Indonesia 'Papa Pulang Mama Goyang'. Malah ayat yang dikatakan berunsur lucah itu pernah kecoh sebelum ini disebabkan tindakan segelintir pemandu atau pemilik menampal pelekat judul lagu itu, yang diubah suai pada kenderaan masing-masing.  Bukan saja di Malaysia, tetapi senario sama turut melanda negara jiran.

BACA >>> #SembangDeras: Trend Pelekat Lucah, Pemandu Tak Rasa Malu Ke?

KENAPA PUSPAKOM BENARKAN?

Pentadbir laman Puspakom sebenarnya menjawab soalan netizen seacara lurus dan betul mengikut syarat, peraturan dan kelulusan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Apabila penulis  bertanyakan isu sama kepada kenalan di Puspakom, sumber yang enggan dikenali itu mendakwa Puspakom sendiri belum pernah melihat kenderaan dengan pelekat lucah seperti diuarkan itu hadir ke premis untuk tujuan pemeriksaan.

Ada berpendapat, mungkin pelekat itu sudah ditanggalkan lebih awal atau ditampal selepas selesai menjalani pemeriksaan Puspakom. Ia semacam kisah pemandu atau penjual kereta menyewa cermin kereta standard untuk lulus pemeriksaan kenderaan di Puspakom. Apabila selesai, barulah dipasang semula cermin tinted yang gelap serba serbi.

Kenalan itu menegaskan Puspakom tiada kuasa melarang atau menghalang mana-mana pemilik kenderaan menampal pelekat seperti itu selagi tidak melanggar syarat dalam buku panduan.  Jadi, penulis menghubungi pula sumber di JPJ untuk meminta penjelasan.

Jawab sumber berkenaan, JPJ pun tiada peraturan atau undang-undang khas yang melarang penggunaan pelekat kenderaan berbaur luah atau dwi-makna (double meaning) seperti ditularkan itu. Katanya, itu kena tanya polis!

Jadi, apa yang dijelaskan Puspakom adalah mengikut syarat dan peraturan JPJ. Mungkin mereka ada inisiatif menasihatkan pemilik kenderaan supaya menanggalkan pelekat sedemikian. Tetapi tetap tidak boleh berlebih-lebih hingga bertindak mengoyak atau menanggalkan pelekat tersebut.

Sebabnya, Puspakom memang tiada kuasa melakukannya mengikut  undang-undang. Mungkin admin Puspakom perlu lebih berhati-hati, berhemah dan bijak ketika menjawab soalan netizen yang masih ramai naif tentang undang-undang dan bidang kuasa agensi jalan raya di Malaysia.

Apa kata anda?

Related

533
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: autoterkini, Isu Pelekat Lucah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Papa Pulang Mama Basah, PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev