• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Volkswagen Pamer Model Konsep ID.Buzz Cargo untuk Paramedik, Jual Ais krim dan Lain-Lain

Volkswagen Pamer Model Konsep ID.Buzz Cargo untuk Paramedik, Jual Ais krim dan Lain-Lain

September 29, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN sudah menghentikan pengeluaran model ikonik Beetle, tetapi memperkenalkan pula ID.Buzz yang diilhamkan daripada van legenda Kombi.

Bukan saja dibuat untuk membawa penumpang, divisyen komersial, Volkswagen Commercial Vehicles (VCV) membawakan sekali ID.Buzz Cargo sebagai kenderaan perniagaan pelbagai kegunaan.

Pada pameran motor antarabangsa Jerman, IAA Transportation 2022 yang berlangsung di Hannover, bulan lalu, VCV mempamerkan pelbagai model konsep menarik. Antaranya ialah ID.Buzz versi paramedik, penyejukan (refrigerated) dan sebagainya.

1. ID.Buzz Flex-Cab Concept

Pakar dari Belanda, Snoeks mengubah suai ID.Buzz Cargo menjadi kenderaan pengangkutan. Van ini dilengkapi lima kerusi dengan tiga kerusi di belakang jenis boleh laras elektrik. Sistem penyaman udara pula boleh disesuaikan untuk penumpang atau barangan belakang.

Model Flex-Cab ini sesuai dijadikan kenderaan ulang-alik, teksi, bas mini komuniti atau untuk perdagangan.

2. ID.Buzz Paramedik

Van konsep ini menyamai versi pengeluaran dan diubah suai Bösenberg. Ada ruang untuk tiga penumpang, manakala ruang kargo direka untuk tugasan doktor dan menyimpan barangan perubatan.

Konsep dalaman dibuat mengikut sistem modular dan hanya sedikit perubahan diperlukan daripada van asal. Lampu strob paramedik turut dipasang. Sebagai van elektrik, punca kuasa perkakasan tambahan ID.Buzz menggunakan sistem bateri berasingan.

3. ID.Buzz Cargo dengan Badan Kotak

Sebuah struktur berkotak dipasang belakang ID.Buzz, direka Veth Automotive dengan kapasiti muatan meningkat daripada 3.9 meter persegi kepada 6.0 meter persegi. Van ini mampu menampung beban muatan 680kg.

Bahagian sisi dan belakang kotak boleh dipasang pintu biasa, pintu gelangsar atau penutup gendela gulung (roller shutter) untuk lebih praktikliti memuat dan mengambil barangan. Ruang dalam menggunakan lantai tahan lasak dan tidak licin, sesuai untuk perkhidmatan kurier!

4. ID.Buzz Cargo - Van Zervis Miele

Van terang benderang dengan warna paprika red ini mendapat sentuhan CS/Würth dan VCV yang direka khas untuk syarikat perkakasan rumah dan komersial, Miele.

Ruang kargo dipasang sistem laci khas mengikut spesifikasi juruteknik servis untuk menyimpan barangan, alat ganti dan perkakasan. Konsol tengah dibuat sekali dengan meja lipat dan boleh digunakan sebagai meja kerja.

5. ID.Buzz Cargo - Van Penyejukan dan Aiskrim!

Van 'peti ais' ini diubah suai Wükaro dengan menggabungkan pacuan elektrik dan sistem penyejukan elektrik yang direka untuk penghantaran destinasi akhir (last mile).

Sistem penyejukan terdiri daripada unit penyejukan profil rendah 230V yang dipasang atas bumbung, penyejat jenis rata pada siling, empat bateri litium-ion dan inverter. Bateri pula dipasang pada gerbang roda untuk menjimatkan ruang dan membekalkan lapan jam pengecasan.

Mampu membawa beban muatan hingga 390kg dan sesuai digunakan untuk penghantaran makanan sejuk, restoran dan pastinya sebagai van aiskrim!

BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!
BACA >>> SUV Prestasi Tinggi, Volkswagen T-Roc R (2022) Lancar di Eropah, Harga RM222k

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Auto, Bikin Kereta, EV, IAA Transportation 2022, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Volkswagen, Volkswagen Commercial Vehicles, Volkswagen ID. Buzz, Volkswagen ID. Buzz Cargo Concept, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev