• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Grand Theft Auto (GTA) Bukan Sekadar Berlumba Biasa, Ubah Budaya Game Dunia

Grand Theft Auto (GTA) Bukan Sekadar Berlumba Biasa, Ubah Budaya Game Dunia

January 31, 2017 By Azhan O 4 Comments

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

grand-theft-auto-5-bg
ANDA bukan gamer sebenar jika tidak pernah bermain permainan video (game) Grand Theft Auto (GTA). Siapa sangka, usia GTA sudah mencapai 20 tahun sejak pertama kali diperkenalkan pada 1997. Apa yang seronok tentang GTA ialah gaya kepermainan yang di luar kebiasaan game perlumbaan biasa.

Selain berlumba, GTA membenarkan anda bermain pelbagai aksi yang terdapat dalam game lain seperti memandu, beraksi lagak ngeri, menembak, melakukan jenayah dan bermain karakter secara role-playing. Pendek kata, apa saja niat jahat yang pernah terdetik dalam hati anda boleh dilunaskan dengan game ini tanpa perlu ke tali gantung. Boleh dikatakan GTA bukan saja mengubah dunia game, tetapi turut membentuk budaya pop tersendiri di kalangan anak muda bermula penghujung  1990-an hingga era milenium dan tablet pada hari ini.

BACA >>> 10 Game Perlumbaan Terbaik 2016/2017

grand-theft-auto-5-1
grand-theft-auto-5-2

GTA sudah mengeluarkan 15 siri game sejak 1997 membabitkan pelbagai platform permainan seperti konsol, komputer, peranti tangan dan telefon bimbit. Tahukah anda, setakat September 2015 sebanyak 235 juta unit game GTA sudah dijual seluruh dunia, dan pernah disenaraikan akhbar The Telegraph pada 2013 sebagai eksport Britain paling sukses walaupun game itu mengundang pelbagai kontroversi kerana menampilkan aksi ganas yang keterlaluan.

Siri GTA paling terkini ialah GTA V (lima) yang dikeluarkan pada 2013 untuk platform konsol permainan seperti PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One dan komputer bagi sistem operasi Microsoft Windows. Kenapa begitu seronok? Lihat saja dua contoh video di bawah, di mana video 1 menunjukkan aksi lagak ngeri setanding filem Hollywood, manakala video 2 menayangkan aksi kemalangan motosikal yang cukup dramatik dan realistik. Selamat menonton!

VIDEO 1 - AKSI 'DIE HARD' (3:21)

VIDEO 2 - KEMALANGAN MOTOSIKAL (3:16)

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, game, Grand Theft Auto (GTA), GTA, GTA V, permainan video, video game, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev