• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Citroën Guna Logo Baharu, Ambil Ilham Logo Asal 1919

Citroën Guna Logo Baharu, Ambil Ilham Logo Asal 1919

September 29, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK jenama automotif sudah menukar logo. Antaranya Volkswagen, Volvo dan Nissan yang tampil lebih ringkas dan bersahaja. Terkini, Citroën turut melakukan perkara sama menerusi identiti korporat dan logo baharu yang juga tampil ringkas.

Identiti baharu itu dibuat selari lonjakan mobiliti elektrik dan mengembangkan DNA teras syarikat, iaitu kemampuan, keberanian dan kesejahteraan pelanggan. Pakej identiti itu dihasilkan divisyen rekabentuk Citroën yang turut menerima manfaat kepakaran Studio Rekabentuk Stellantis.

BACA >>> #PanduUji: Citroen Grand C4 Space Tourer yang Lawa, Sedap Dipandu dan Harga Menarik!
BACA >>> Peugeot Tambah Varian Elektrik E 308, E 308 SW, Lancar Tahun Depan

andre-citroen
andre-citroen-2

Peugeot, yang juga berada di bawah Stellantis, terlebih dahulu memperbaharui logo dan identiti jenama pada Februari 2021.

Citroën pula pengeluar yang berada dalam kelab 100 tahun, atau lebih tepat 103 tahun, dan rupa baharu dibawa itu adalah terjemahan semula logo asal yang digunakan pengasasnya, André Citroën.

Logo itu diilhamkan daripada kejayaan syarikat kerja logam pertam yang menghasilkan sistem gear herringbone (tulang ikan) berbentuk chevron (V bersambung).

Bentuk dua V itu (deux chevrons) terus berevolusi hingga kini, daripada lingkaran bujur, oktagon, berkotak, bebas tanpa lingkaran dan kini kembali dalam lingkaran bujur. Logo baharu itu digunakan buat kali pertama pada penghujung September lalu untuk model konsep Citroën sebelum menyusul pada model baharu dan konsep akan datang.

Pengeluar automobil dari Perancis itu juga tampil dengan program identiti jenama korporat dan signatur jenama baharu, 'Nothing Moves Us Like Citroën' yang digunakan dalam aktiviti dan komunikasi produk dan korporat syarikat.

Menariknya, identiti baharu itu diilhamkan daripada jenama bukan automotif seperti kosmetik dan pakaian bagi menyampaikan ekspresi jenama yang lebih mesra dan selesa dipandang apabila berada dalam situasi berbeza. Pembaharuan dibuat itu turut mengembalikan warna Monte Carlo Blue yang diilhamkan daripada model ikonik seperti 2CV dan DS.

Warna ini juga digunakan pada identiti jenama untuk korporat dan perniagaan. Warna Infra-Red pula akan menggantikan warna merah yang digunakan sekarang dalam percetakan, digital dan fizikal.

BACA >>> Stellantis Kini Pemilik Penuh Kilang Naza di Gurun, Pengeluaran Peugeot Kembali Aktif
BACA >>> Selepas Hampir Dua Dekad, Citroën C1 Tamat Pengeluaran, Ami Electric Jadi Pengganti

Logo Citroën 2022.01
Logo Citroën 2022.02
Logo Citroën 2022.03
Logo Citroën 2022.04
Logo Citroën 2022.05
Logo Citroën 2022.06
Logo Citroën 2022.07
Logo Citroën 2022.08
Logo Citroën 2022.09
Logo Citroën 2022.10
Logo Citroën 2022.11
Logo Citroën 2022.12
Logo Citroën 2022.13
Sejarah logo Citroën

Related

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Citroen, Logo Baru Citroen 2022, Logo Citroën 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev