• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Bakal Perkenal Buku Geran Kereta Elektronik

Indonesia Bakal Perkenal Buku Geran Kereta Elektronik

September 27, 2022 By Han Othman Leave a Comment

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pendaftaran dan Pengenalan (Ditregident) Polis Trafik Republik Indonesia (Korlantas Polri) bakal memperkenalkan Buku Pemilikan Kenderaan Bermotor (BPKB) elektronik dalam usaha menambah baik pengalaman kepenggunaan.

Briged Jeneral Yusri Yunis berkata, pengenalan BPKB elektronik akan dibuat lebih ringkas dan mudah yang disepadukan dengan data trafik milik polis.

Kita akan usahakan tahun ini, dan memang kita gunakan teknologi cip yang tersimpan sejarah kenderaan dan lain-lain."

BPKB elektronik akan memudahkan pengguna melakukan urusan tukar data kenderaan (dipanggil mutasi kenderaan) yang sebelum ini mengambil masa satu hingga dua bulan.

Sebagai makluman, pemilik di Indonesia perlu mendaftar baharu kenderaan mereka jika berpindah daerah tempat tinggal yang melibatkan penukaran nombor plat, geran (dipanggil Surat Tanda Nombor Kenderaan, STNK) dan BKPB.

Menerusi BPKB elektronik semua urusan di atas dapat diselesaikan sepantas sehari. Malah, boleh juga disepadukan dengan aplikasi kewangan, perbankan dan sewa beli. Yusri berkata lagi, BPKB elektronik juga dapat menangani masalah klon yang dijual pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu di Malaysia, pemilik kenderaan cuma memerlukan Sijil Pemilik Kenderaan (VOC) tanpa perlu mengemas kini nombor pendaftaran (plat) mengikut negeri dibeli. Malah pengguna Malaysia dibenarkan memiliki nombor pendaftaran mana-mana negeri yang disukai.

BACA >>> Mat Motor Indonesia Mahu Jual Honda CB100 (1971) Siap Geran, Harga RM22k!
BACA >>> JPJ Perkenal Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) Ganti Geran Kereta, Mula 1 Jun 2016

SUMBER: Kompas.com

Related

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, buku pemilikan kenderaan bermotor (BPKB), JABATAN Pendaftaran dan Pengenalan (Ditregident), Polis Trafik Republik Indonesia (Korlantas Polri)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my