• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Lancar Kajian Pasaran Program Langganan Guna Ativa Hybrid

Perodua Lancar Kajian Pasaran Program Langganan Guna Ativa Hybrid

September 26, 2022 By Shawkath 2 Comments

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mengumumkan memulakan kajian pasaran perkhidmatan baharu yang melibatkan 300 pelanggan dan model Ativa Hybrid.

Kajian tersebut membabitkan penggunaan kenderaan elektrik dan mobiliti jangka panjang sebagai perkhidmatan baharu yang terbahagi kepada dua bahagian:

  • Memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan kenderaan hibrid di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
  • Memahami penerimaan pengguna terhadap servis langganan lima tahun yang ditawarkan kepada pelanggan korporat bawah EZ MOBi.
Perodua Ativa Hybrid - 3
Perodua Ativa Hybrid - 4

Ativa Hybrid ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-A yang menggunakan sistem hibrid bersiri, terdiri daripada trenkuasa 1.2L dan unit motor elektrik.

Sistem trenkuasa hibrid itu membolehkan pemanduan sejauh 31.3km bagi setiap liter petrol menurut ujian Kitaran Pemanduan Malaysia. Dalam kajian itu juga, Perodua dapat mengetahui tahap penerimaan pelanggan untuk program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan jualan tradisional.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;

Data diperoleh akan digunakan untuk mengenal pasti keperluan pelanggan kami apabila menggunakan kenderaan elektrik.

"Walaupun kami percaya pemilikan kenderaan masih lagi menjadi perniagaan utama, tetapi ada kemungkinan perniagaan langganan kenderaan ini diterima lebih ramai pengguna dalam masa terdekat."

Trenkuasa 1.2 liter WA-VEX dikatakan mampu menghasilkan kuasa 80.8hp @ 5,600rpm dan tork 105Nm antara 3,200 hingga 5,200rpm.

Cumanya, hantaran kuasa bukan terus ke roda depan. Ativa Hybrid akan digerakkan menggunakan unit motor elektrik yang menghasilkan kuasa 104.5hp dan tork 170Nm. Unit motor itu memperoleh tenaga daripada enjin petrol tadi. Pendek kata, enjin bertindak sebagai generator. Bateri digunakan pula jenis litium ion 4.3 Ah.

Langganan itu bermaksud Perodua akan menguruskan aspek jadual penyelenggaraan, insurans kenderaan dan cukai jalan. Pelanggan cuma perlu membayar yuran langganan untuk menikmati pakej berkenaan.

Sebagai makluman, Perodua memang menawarkan program langganan di bawah EZ MOBi sejak 2021, tetapi untuk syarikat dan bukan individu perseorangan.

BACA >>> #Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?
BACA >>> Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?

Perodua Ativa Hybrid - 2
Perodua Ativa Hybrid - 3
Perodua Ativa Hybrid - 5
Perodua Ativa Hybrid - 8
Perodua Ativa Hybrid - 6
Perodua Ativa Hybrid - 4
Perodua Ativa Hybrid - 0
Perodua Ativa Hybrid - 7

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Perodua, Perodua Ativa Hybrid

Comments

  1. Lawrence says

    September 26, 2022 at 4:17 PM

    How do we sign up for it?

    Reply
    • Abang GYL says

      October 25, 2022 at 11:08 PM

      Tawaran sudah ditutup

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev