• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Miller Juara GP Japan 2022, Bagnaia Terbabas Cuba Pintas Quartararo

Miller Juara GP Japan 2022, Bagnaia Terbabas Cuba Pintas Quartararo

September 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

15
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JACK Miller (Ducati Lenovo) muncul juara GP Jepun, semalam. Kemenangan itu adalah pertama musim ini sejak menjuarai GP Perancis 2021. Namun, lain pula kisah tiga lagi pelumba yang berebut mata untuk muncul juara musim ini di Litar Motegi.

Rakan sepasukan Miller, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) terbabas di lap terakhir ketika cuba memintas Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha), manakala Aleix Espargaro (Aprilia Racing)pula terpaksa menukar jentera kedua Aprilia ketika sesi warm-up disebabkan isu mekanikal.

BACA >>> Sah! Jack Miller Tanda Tangan Kontrak MotoGP 2 Tahun dengan KTM

Malang menimpa Pecco itu bukan hanya mencatat keputusan DNF kelima musim ini, tetapi juga memberikan kelebihan 18 mata buat Quartararo untuk mengukuhkan di ranking teratas.

Sementara itu, walaupun bermula di petak mula, Marc Marquez gagal memanfaat posisi itu selepas dipintas Brad Binder (Red Bull KTM) di Turn 1. Bagaimanapun, pelumba Repsol Honda itu tetap berpuas hati dengan pencapaian debut pertama selepas pulih daripada kecederaan itu.

BACA >>> Bastianini Juara GP Aragon 2022, Quartararo Terbabas Rempuh Marquez

🙌🏼P4 and my 150 GP in @MotoGP!!
We knew that it was going to be tough in the dry but it went better than expected. Good feelings in the arm and first full race post surgery. Satisfied with the weekend and seeking for more. See you in Thailand!! 🇹🇭🔜#MM93 #STRON93R #JapaneseGP pic.twitter.com/Ba0BhIKLuG

— Marc Márquez (@marcmarquez93) September 25, 2022

Jorge Martin (Pramac Ducati) berada di belakang Binder selepas memintas pelumba KTM itu di Turn 7, manakala Marquez ketinggalan di tempat kelima. Espargaro mencuri tumpuan ramai apabila memasuki pit untuk menukar jentera kedua. Ketika menukar, dia menjatuhkan RS-GP pertama yang dikatakan bermasalah.

Espargaro kemudian keluar dari pit di belakang semua pelumba dan safety car. Pada masa sama, Quartararo dan Bagnaia gagal memperbaiki posisi di lap pembukaan dengan masing-masing berada di posisi ke-9 dan -12.

Miller pula memecut dari petak ke-7 pada awal perlumbaan, dengan memintas Binder di Turn 11 sebelum bersaing dengan Martin untuk mengekalkan posisi depan.

Yeeeeeah! @jackmilleraus wins the #JapaneseGP#ForzaDucati #DucatiLenovoTeam @MotoGP pic.twitter.com/k8Bs8ca6G6

— Ducati Corse (@ducaticorse) September 25, 2022

Binder akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas memintas Martin di lap akhir, sekali gus podium pertamanya sejak aksi pembukaan musim ini. Marquez pula melengkapkan perlumbaan pertama sejak Mei lalu di tempat keempat dan disusuli Miguel Oliveira (Red Bull KTM), kelima .

Pelumba VR46 Ducati, Luca Marini mengekalkan rekod 100 peratus menamatkan perlumbaan musim ini di tempat keenam, iaitu di depan Maverick Vinales (Aprilia Racing). Quartararo menjadi pelumba kelapan melepasi garisan penamat dan diiikuti juara GP Aragon 2022, Enea Bastianini (Gresini Ducati).

BACA >>> Nasib Badan, Lepas Langgar Marquez, Quartararo Kemalangan Kali Kedua di Aragon
BACA >>> GP Malaysia 2022 Mula 21 Oktober Ini, Damok Sah Beraksi di Sepang!

  1. Jack Miller AUS Ducati Lenovo (GP22) 42m 29.174s
  2. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +3.409s
  3. Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP22) +4.136s
  4. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +7.784s
  5. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +8.185s
  6. Luca Marini ITA Mooney VR46 Ducati (GP22) +8.348s
  7. Maverick Viñales SPA Aprilia Racing (RS-GP) +9.879s
  8. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +10.193s
  9. Enea Bastianini ITA Gresini Ducati (GP21) +10.318s
  10. Marco Bezzecchi ITA Mooney VR46 Ducati (GP21)* +16.419s
  11. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP22) +16.586s
  12. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +17.456s
  13. Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +18.219s
  14. Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +19.012s
  15. Cal Crutchlow GBR WithU Yamaha RNF (YZR-M1) +19.201s
  16. Aleix Espargaro SPA Aprilia Racing (RS-GP) +25.473s
  17. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Ducati (GP21)* +27.006s
  18. Raul Fernandez SPA KTM Tech3 (RC16)* +29.374s
  19. Remy Gardner AUS KTM Tech3 (RC16)* +29.469s
  20. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +43.294s
  • Francesco Bagnaia ITA Ducati Lenovo (GP22) DNF
  • Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
  • Binder RSA WithU Yamaha RNF (YZR-M1)* DNF
  • Takuya Tsuda JPN Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
  • Tetsuta Nagashima JPN HRC Team (RC213V) DNF

SUMBER: Motorsport

Related

15
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2022 GP Japan, Aleix Espargaro, Auto Terkini, Ducati Lenovo, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, Jack Miller, Litar Motegi, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2022, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev