SEORANG pengguna jalan raya berkongsi insiden kereta Perodua Bezza miliknya pecah bahagian bampar selepas terlanggar sebuah tayar melayang yang masuk ke arah bertentangan ketika melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), baru-baru ini.
Pemilik Bezza itu, Siti Roiymiey Azmiey turut berkongsi rakaman video kamera pemuka (dashcam) daripada keretanya.
Menurut hantaran dalam grup Facebook Dashcams Owners Malaysia, Siti meminta pandangan dan nasihat netizen mengenai urusan ganti rugi kerana tuntutan ganti rugi yang di hantar kepada pengurusan PLUS ditolak.
Dalam surat tuntutan itu, hasil siasatan mendapati tayar yang terkena mangsa adalah di luar kawalan PLUS dan bukan disebabkan kecuaian PLUS dalam mengendalikan lebuh raya. Justeru PLUS tidak dapat memberikan sebarang pampasan.
Netizen juga bersetuju insiden berkenaan bukan kecuaian PLUS, tetapi pemilik tayar yang melayang itu. Namun ada netizen menyarankan mangsa cuba menghantar aduan kepada tribunal pengguna.
BACA>>> Lelaki Tikam Jiran 17 Kali Sampai Mati Sebab Bunyi Motor Bising, Kena Jel 28 Tahun
BACA>>>Nahas 4 Kenderaan: Pemandu Lori Maut, 7 Anggota Polis Cedera
Leave a Reply