SEORANG pemandu lori maut selepas kenderaan berat dipandunya terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van polis di KM225 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) di Rembau, petang semalam.
Insiden kira-kira 3.40 petang itu turut menyebabkan seorang anggota polis dalam van parah, manakala 6 anggota polis lain cedera.
@utusantvofficial Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, seorang anggota polis parah di kali, 6 lagi cedera ringan. Kejadian di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), Rembau, petang tadi.📽️ kredit owner #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ Sad Music - Max-Music
Menurut polis, kemalangan membabitkan empat kenderaan, iaitu sebuah van polis Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua kenderaan lain.
Lori sedang dalam perjalanan dari Senawang menghala Ayer Keroh, dan memandu di lorong tengah sebelum mengubah laluan ke lorong laju dan menghimpit dua kenderaan lain jenis Toyota Camry dan Perodua Alza.
Lori tersebut kemudian melanggar penghadang besi di tengah jalan dan memasuk laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah van milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bergerak dari arah Ayer Keroh menghala Senawang.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat, manakala mangsa parah dan cedera dihantar ke Hospital Rembau, Hospital Melaka, Alor Gajah, dan Hospital Seremban. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Leave a Reply