KEMALANGAN membabitkan haiwan ternakan dan pengguna jalan raya masih berlarutan hingga kini. Insiden terbaharu melibatkan seorang penunggang motosikal dirempuh anak lembu di sebatang jalan di Kelantan.
Insiden dipercayai berlaku awal pagi semalam di laluan antara Jerteh dan Machang di Kelantan, berhampiran kawasan Kampung Kandis. Berdasarkan klip video 3 minit yang tular, persekitaran jalan raya di situ jelas gelap kerana tiada lampu jalan.
Klip video berkenaan dikongsi seorang pemandu yang berada di lokasi sama ketika kemalangan berlaku. Rakaman menunjukkan sekawan lembu tiba-tiba menyeberang jalan dari kiri ke kanan.
Pemandu sempat memperlahankan kenderaannya dan berhenti, manakala penunggang yang datang dari arah bertentangan turut memperlahankan motosikalnya, tetapi tidak bernasib baik. Mangsa dilihat dirempuh anak lembu kecil dan hilang kawalan sebelum melanggar pula lembu lain dan terjatuh di bahu jalan.
Menurut perkongsian pemandu, mangsa dapat bangun semula dan tidak cedera teruk. Selepas itu, muncul pula kawanan lembu kedua yang melintas jalan sama tetapi tidak menyebabkan kejadian kemalangan baharu. Lintasan pertama kawanan lembu pertama dapat disaksikan bermula saat ke-30, manakala kawanan kedua bermula minit ke-1:30.
BACA >>> Mendebarkan!!! Video Pemandu Rempuh Sekawan Lembu Tengah Lebuh Raya
BACA >>> MPKS Beri Amaran akan Saman, Lelong Lembu Berkeliaran
BACA >>> Lembu Malaysia Naik Bezza, Lembu Amerika Naik Civic! Pemandu Pula Entah ke Mana
BACA >>> Kelapa Jatuh Atas Kepala, Pembonceng Wanita Jatuh Tergolek
SUMBER: Dashcam Owners Malaysia
Leave a Reply