• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Panggil Balik City Hibrid (2021), Civic (2022)

Honda Malaysia Panggil Balik City Hibrid (2021), Civic (2022)

September 20, 2022 By Han Othman Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengeluarkan notis panggil balik untuk model City Hybrid (2021) dan Civic (2022) sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga.

Menurut Honda Malaysia, notis panggil balik itu melibatkan:

  • 630 unit City Hybrid (2021) untuk menukarkan kamera Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) pada cermin depan berikutan isu kamera tidak berfungsi baik yang menyebabkan ciri ADAS tidak dapat diaktifkan ketika memandu.
  • 72 unit Civic (2022) untuk membaik pulih titik kimpalan pada pelaras gelongsor kerusi pemandu yang menyebabkan kerusi pemandu tidak berada dalam posisi tetap ketika memandu dan boleh menjejaskan perlindungan tali keledar.

Menurut wakil pengeluar itu, pemeriksaan, baik pulih dan penukaran untuk bahagian terjejas adalah percuma, manakala semua kos untuk aktiviti panggil balik tersebut ditanggung Honda Malaysia.

Setakat ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan akibat masalah berkenaan. Honda Malaysia juga meminta pelanggan memuat turun dan mengemas kini butiran dalam aplikasi mudah alih HondaTouch untuk pengesahan lanjut dan akan dimaklumkan menerusi surat makluman.

Pemilik juga boleh menghubungi mana-mana pengedar sah Honda.

Kami memohon maaf berikutan kesulitan dialami pelanggan dan memberi jaminan model dalam pengeluaran dan jualan semasa lain tidak terjejas."

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan masing-masing mengenai isu panggil balik itu dengan menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia 1-800-88-2020 atau melayari productrecall.honda.com.my.

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal Dua Warna Baharu CR-V (2022)
BACA >>> Risiko Masalah Brek: Ferrari Panggil Balik Lagi 23k Unit Supercar di AS, 19 Model Terlibat

Related

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Malaysia, Panggil Balik, Panggil Balik Honda City Hybrid (2021), Panggil Balik Honda Civic (2022), Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev