• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6x6, Harga Lebih RM1.8 Juta!

#BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6x6, Harga Lebih RM1.8 Juta!

September 21, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD F-150 Raptor
memang trak pikap luar biasa, tetapi menjadi lebih ekstrem apabila mendapat sentuhan tangan Henessey dari Texas, Amerika Syarikat (AS).

Henessey terkenal dengan pengubahsuaian dan sudah menghasilkan lebih 12,000 unit kenderaan untuk pelanggan serata dunia. Tidak hanya mengubah suai, Hennessey turut mengeluarkan hypercar Venom GT dan Venom F5.

BACA >>> VelociRaptor 600 - Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!

Projek terbaharu Hennessey melibatkan Ford F-150 generasi ketiga yang dipasangkan enam roda untuk ditransformasi kepada Hennessey VelociRaptor 6x6.

Bukan setakat pasang tayar yang sudah sedia rumit, pasukan jurutera Hennessey menggunakan suspensi canggih Fox dan gandar belakang dwi-kunci. Hasil dapat dinikmati melalui tambahan 50 peratus cengkaman tarikan bagi memastikan dominasi VelociRaptor atas jalan raya biasa dan off-road.

Apabila roda sudah ditambah, mustahil kuasa enjin kekal sama. Apa lagi dilakukan Hennessey?

  • Enjin 3.5L V6 turbo kembar diubah suai menghasilkan kuasa 558hp @ 5,100rpm dan tork 911Nm @ 3,500rpm.
  • Pakej ubah suai melibatkan sistemmasukan udara aliran tinggi, naik taraf intercooler udara ke udara pemasangan depan dan saluran intercooler, set ekzos tahan karat catback dan naik taraf perisian pengurusan enjin.

  • Bagi memuatkan roda baharu, ukuran kargo belakang jelas panjang, iaitu 8 kaki (2,438mm) atau 45 peratus lebih panjang berbanding 5.5 kaki (1,676mm) untuk model standard.
  • Model ini juga nampak tinggi menerusi penggunaan kit 3 inci (76mm), rim Hennessey 20 inci dan rim off-road 37 inci.
  • Turut dipasang bampar depan dan belakang Velociraptor dengan lampu LED pada bampar depan selain lencana Velociraptor dan Hennessey pada bahagian luar.

Dengan segala ubah suai, VelociRaptor 6x6 diberikan waranti tiga tahun atau jarak pemanduan 57,900 km (30,000 batu). Harga pula bermula AS$399,950 (RM1,819,770), termasuk F-150 Raptor yang boleh dihantar serata dunia!

BACA >>> VelociRaptor 600 - Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!
BACA >>> 6 Ciri Menarik Trak Pikap EV Ford F-150 Lightning, Boleh Jadi Generator Rumah!

Related

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Auto, Bikin Kereta, Ford F-150 Raptor, Hennessey, Hennessey VelociRaptor, Hennessey VelociRaptor 6x6, Hennessey VelociRaptor 6x6 Gen 3, Roda6, Trak, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my