• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Inilah Sebab Ford Mustang 2016 Cuma Dapat Rating 2-Bintang dalam Euro NCAP?

Inilah Sebab Ford Mustang 2016 Cuma Dapat Rating 2-Bintang dalam Euro NCAP?

January 27, 2017 By Azhan O 1 Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ford-mustang-2016-crash-test
KECOH seketika media dan peminat automotif sedunia mengenai rating 2-bintang diterima Ford Mustang 2016 dalam ujian perlanggaran yang dilakukan Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP), baru-baru ini. Apakah sebenar yang berlaku? Kenapa begitu teruk rating diperoleh model ikonik tersebut?

Menurut laporan CarAdvice, antara bahagian skor rendah dicatatkan daripada faktor bantuan keselamatan seperti sistem susur laluan (lane keeping assist) dan pembrekan kecemasan automatik. Malah, ada beberapa karakteristik membimbangkan daripada ujian perlanggaran Ford Mustang 2016 tersebut.

Mari kita lihat sekali lagi ujian tersebut di bawah:

BEG UDARA BERMASALAH

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP), James Goodwin berkata, beg udara Mustang gagal mengembung secukupnya dalam ujian dilakukan Euro NCAP itu. Ini bermakna kedua-dua boneka pemandu dan penumpang depan terhentak selepas beg udara mengembung.

james-goodwin-ceo-ancap
JAMES GOODWIN

Malah, ujian perlanggaran depan menunjukkan risiko kecederaan kepala, dada dan kaki yang serius ke atas penumpang belakang.

Berlaku juga pengembungan tidak cukup bagi beg udara pemandu dan penumpang depan yang menyebabkan kepala pemandu terhantuk roda stereng, manakala kepala penumpang terkena papan pemuka." - CEO ANCAP, James Goodwin

Sebagai makluman, keputusan dicatatkan Mustang dalam ujian Euro NCAP itu turut diterima sebagai skor rating dalam ANCAP. Ford Mustang 2016 diperkenalkan di Australia dan New Zealand pada Disember 2015.

Mengenai ujian impak sisi, keputusan hentaman menyaksikan pintu pemandu terbuka, dan tidak cukup perlindungan lecut (whiplash) dalam ujian perlanggaran belakang. Peliknya, ujian perlanggaran dilakukan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) menunjukkan model Mustang yang sama mendapat rating 5-bintang. Lihat video di bawah:

Sistem bantuan keselamatan bukan saja sangat penting dalam ujian perlanggaran Euro NCAP, tetapi juga ANCAP, di mana kekurangan skor pada bahagian itu mampu menjejaskan keseluruhan skor yang bakal diperoleh.

Dalam kategori perlindungan penumpang Dewasa, Mustang mendapat skor 4-bintang, 3-bintang untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak dan 5-bintang untuk Perlindungan Pejalan Kaki. Bagaimanapun, skor 2-bintang dalam kategori Bantuan Keselamatan ialah apa yang banyak menjejaskan skor keseluruhan Mustang.

Wakil Ford mempertahankan Mustang dengan berkata, kebanyakan kenderaan dalam segmen itu tidak menawarkan sistem seumpama itu - Bantuan Keselamatan - sebagai ciri standard. Bagaimanapun, kata wakil itu lagi, Mustang 2018 akan dilengkapkan dengan sistem keselamatan baharu seperti Bantuan Pra-Perlanggaran dengan pengesan pejalan kaki, amaran jarak, amaran lencongan (lane departure warning), bantuan susur laluan (lane keeping assist) dan Sistem Amaran Pemandu.

SUMBER: Auto Blog

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: ANCAP, Euro NCAP, Ford, Ford Mustang 2015 skor 2-bintang Euro NCAP, Ford Mustang 2017, Ford Mustang fastback, Roda4, ujian perlanggaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev