PASUKAN Mitsubishi Ralliart mengumumkan barisan pelumba yang akan menyertai saingan Asia Cross Country Rally (AXCR) bermula 21 hingga 26 November ini di Thailand dan Kemboja.
Ada tiga nama pelumba diumumkan Mitsubishi Motor Corporation iaitu Rifat Sungkar dari Indonesia dan dua pelumba Thailand iaitu Chayapon Yotha dan Sakchai Hantrakul.
BACA >>> Mitsubishi Ralliart Team Selesai Uji Triton di Thailand, Siap Sedia Sertai Lumba Rali AXCR
BACA >>> Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!
Rifat digandingkan dengan juruarah Thailand, Chupong Chaiwan. Chayapon akan dibantu Peerapong Sombutwong (Thailand) manakala Sakchai Hantrakul digandingkan dengan Kittisak Klinchan (Thailand).
Sebanyak tiga jentera rali Mitsubishi Triton akan digunakan pelumba dalam saingan AXCR. Secara amnya, perlumbaan itu membabitkan kerjasama tiga negara iaitu Jepun, Thailand dan Indonesia.
Pasukan itu dimiliki TANT SPORT dari Thailand dan disertai pengarah pasukan Hiroshi Masuoka yang juga bekas juara dua kali Rali Dakar. Berikut ialah senarai Pasukan Mitsubishi Ralliart:
- Pengarah Pasukan: Hiroshi Masuoka (Mitsubishi Motors)
- Prinsipal Pasukan: Chayut Yangpichit (TANT SPORT)
- Pengarah Teknikal: Kopong Amatayakul (TANT SPORT)
- Sokongan Teknikal (badan, casis): Yasuo Tanaka (Mitsubishi Motors)
- Sokongan Teknikal (enjin): Takashi Shibayama (Mitsubishi Motors)
BACA >>> Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition (2022) Lancar, Hanya 1,000 unit, Harga Mula RM139k!
Pasukan Mitsubishi Ralliart sudah melakukan ujian endurans jentera rali Triton sejauh 1,100km di trek lumba off-road Grand Prix Motor Park di Kanchanaburi, Thailand bermula 29 hingga 31 Ogos lalu.
Antara pembaharuan dilakukan ialah mengurangkan berat jentera, menambah baik karakter output trenkuasa yang memberi manfaat kepada peningkatan keupayaan dan pengendalian lebih lincah.
Dua peredam baharu dipasang menambah baik prestasi dan menyumbang kepada penambahbaikan signifikan kestabilan semasa pemanduan serta keupayaan ketika meredah jalan mencabar.
Leave a Reply