• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bastianini Juara GP Aragon 2022, Quartararo Terbabas Rempuh Marquez

Bastianini Juara GP Aragon 2022, Quartararo Terbabas Rempuh Marquez

September 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ENEA Bastianini berjaya mendahului Francesco Bagnaia untuk menjuarai Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 di GP Aragon, semalam. Saingan turut menyaksikan pendahulu ranking, Fabio Quartararo gagal menamatkan perlumbaan selepas bertembung dengan Marc Marquez.

Bagnaia awalnya dilihat berpeluang cerah menggapai lima kali pusingan MotoGP 2022 berturut-turut, tetapi impian itu musnah apabila dipintas Bastianini pada lap akhir.

BACA >>> Pecco Pelumba Pertama Ducati Menang Empat GP Berturut-Turut, Quartararo Semakin Dicabar

Marquez menjadi tumpuan dengan permulaan terbaik apabila mara ke posisi keenam dari 13 seawal pusingan pertama. Ketika keluar Turn 3, tayar belakang RC213V mula menggelincir, dan Quartararo di belakang tidak sempat mengelak hingga menyebabkan mereka berlanggar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93)

Impak itu menyebabkan pelumba harapan Yamaha tersebut tercampak dan gagal meneruskan perlumbaan. Sebahagian serpihan fairing Yamaha YZR-M1 pula terlekat atas tayar belakang Marquez hingga menjejaskan fungsi ride-height.

Juara dunia lapan kali itu cuba meneruskan saingan, tetapi muka merasakan sesuatu tidak kena di selekoh Turn 5. Mujurlah, situasi bertambah baik di Turn 6. Drama kedua berlaku apabila Marquez dilihat sebagai punca Takaaki Nakagami (LCR Honda) terjatuh dan gagal meneruskan saingan.

Kemalangan itu berlaku selepas pelumba Sepanyol itu mengaktifkan holeshot ketika Nakagami cuba memintas dari luar.

Malangnya, pengaktifan itu menyebabkan RC213V mengalami masalah teknikal dan melanggar Nakagami. Pelumba Jepun itu bernasib baik tidak dirempuh atau digilis pelumba lain. Bagaimanapun, Marquez juga bersara awal kerana jenteranya bermasalah, sekali gus gagal mengutip sebarang mata.

BACA >>> Marquez Dapat Lampu Hijau Turun Berlumba September Ini
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Pad Brek Motosikal Perlu Ditukar?

SUMBER: Crash

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, enea bastianini, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, Marc Marquez, MotoGP 2022 Aragon, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my