• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vellfire Pun Nak Lumba Haram!

Vellfire Pun Nak Lumba Haram!

September 18, 2022 By Wahid Leave a Comment

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

POLIS menahan tujuh lelaki dan menyita enam kenderaan mewah kerana berlumba haram dalam operasi dijalankan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah selatan, pada 15 September lalu. Semua kenderaan tersebut ialah kereta mewah.

Operasi Khas Samseng Jalanan itu dijalankan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula jam 2 pagi dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram di lokasi terbabit hasil risikan dan maklumat awam.

Dalam operasi tersebut, 10 kenderaan dan 10 lelaki yang sedang menonton aksi perlumbaan diperiksa untuk tindakan lanjut. Polis menahan dua lelaki yang disyaki penganjur perlumbaan haram itu, manakala lima lagi kerana memandu melulu dan berbahaya, termasuk menyita enam kenderaan.

Semua suspek ditahan berusia dalam lingkungan antara 21 dan 42 tahun. Semua ditahan bersama kenderaan disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Enam kenderaan tersebut terdiri daripada sebuah Nissan GTR, BMW, Mercedes-Benz, Toyota Vellfire dan dua model Honda yang disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan siasatan.

Polis berkata, orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian sebegini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.

Related

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lumba Haram, Operasi Khas Samseng Jalanan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my