TESLA Inc disaman pengguna kerana atas dakwaan mempromosi dan mengelirukan orang ramai mengenai ciri pemanduan automatik (Autopilot) dan Pandu Sendiri Penuh (Full Self-Driving, FSD).
Tesla dan pemiliknya Elon Musk didakwa membuat promosi palsu dengan kenyataan ciri ditawarkan berfungsi sepenuhnya sejak 2016 walaupun pengeluar itu menyedari semua teknologi itu masih tidak berfungsi sepenuhnya atau secara langsung. Justeru kenderaan dibeli masih tidak selamat kepada pemandu atau orangramai.
Salah seorang pihak yang memfailkan saman, Briggs Matsko berkata, Tesla melakukan promosi seperti itu kerana mahu menarik pelabur, meningkatkan jualan, mengelakkan berlaku bankrap, meningkatkan harga saham dan menggelarkan diri sebagai pengeluar kereta elektrik hebat.
Tesla belum lagi membina kenderaan pandu sendiri penuh."
Saman itu difail di Mahkamah Persekutuan di San Francisco tanpa mendedahkan jumlah tuntutan ganti rugi dibuat pembeli Tesla yang dilengkapi ciri seperti Autopilot, Enhances Autopilot dan FSD sejak 2016. Jika saman itu menang, Tesla akan digantung lesen jualan di California dan terpaksa membayar pampasan kepada pembeli.
Menurut Tesla, ciri Autopilot membolehkan kenderaan menukar arah, memecut dan membrek dalam laluan jalan, manakala fungsi RSD dapat mengesan isyarat lalu lintas dan menukar laluan.
Bagaimanapun, Tesla juga mengatakan kedua-dua teknologi berkenaan memerlukan 'perhatian penuh aktif' daripada pemandu, dan kereta mereka tidak boleh dianggap automatik sepenuhnya
Matsko berkata, dia membayar AS$5,000 (RM22,680) untuk opsyen Enhanced Autopilot pada Model X (2018).
Lagi, pengguna Tesla yang menerima perisian kemas kini terpaksa beraksi sebagai jurutera tidak bertauliah dan berdepan pelbagai masalah seperti kenderaan dipandu sendiri hingga melawan arus, melanggar lampu isyarat merah dan kerap gagal dikawal di selekoh.
Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya Kebangsaan di Amerika Syarikat (NHTSA) membuka 38 kes siasatan khas, melibatkan 19 kematian sejak 2016 terhadap Tesla yang disyaki berpunca daripada masalah Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
Leave a Reply