• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto Mahu Lancar 10 Model Baharu Untuk Tahun 2023, Tayang Model Konsep NK-C22

CFMoto Mahu Lancar 10 Model Baharu Untuk Tahun 2023, Tayang Model Konsep NK-C22

September 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

CFMoto bercadang melancarkan sekurang-kurangnya 10 model motosikal dan skuter untuk tahun 2023. Jika pelan itu berjalan lancar, strategi itu membolehkan pengeluar motosikal China itu menikmati ‘tahun yang lebih baik’.

Rancangan itu diumumkan Pengurus Besar CFMoto, Chen Zhiyong pada Persidangan Strategi Musim Luruh 2022. Jumlah 10 motosikal dan skuter itu akan melibatkan enam model berasaskan trenkuasa petrol dan empat versi elektrik.

BACA >>> CFMoto Perkenal Konsep Streetfighter V.02-NK dengan Kerjasama KTM

CFMOTO juga mengumumkan platform teknologi konektiviti untuk motosikal yang dipanggil C-LINK. Fungsinya ialah memudahkan komunikasi antara komponen mekanikal dan perisian produk masa depan CFMoto.

Syarikat itu juga mempertontonkan satu model konsep NK-C22 (video atas) dan dikatakan ada sambungan C-LINK. Berdasarkan laporan, pereka model konsep itu ialah Kiska.

Motosikal itu memaparkan binaan badan berasaskan gentian karbon, menggunakan sistem ekzos berkembar SC Project, swingarm sebelah dan rim luar biasa.

Khabarnya, ada versi pengeluaran sebenar sedang dibangunkan dan ia sudah tentu bukan 100 peratus seperti model konsep. Enjin yang akan digunakan dikatakan sama seperti KTM LC8C yang digunkan CFMoto 800MT.

Trenkuasa asal 799cc itu mampu mengekstrak 94hp dan tork 77.3Nm. Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada model baharu akan didatangkan dengan talaan baharu.

BACA >>> Paten Kedua Dedah Benelli Mungkin Guna Enjin KTM untuk Produk Baharu
BACA >>> KTM Bakal Lancar Barisan Model 490cc Tahun Ini?
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Tanda Mudah Kesan Gelang Piston Sudah Haus
BACA >>> Yamaha R1 GYTR (2023) dengan Spesifikasi Hampir Mirip Jentera WorldSBK

SUMBER: RideApart

Related

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: C-LINK, cfmoto, CFMoto NK-C22, Chen Zhiyong, ktm lc8c

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my