• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Dedah Enjin 755cc Baharu, Dipanggil Hornet

Honda Dedah Enjin 755cc Baharu, Dipanggil Hornet

September 13, 2022 By Wahid Leave a Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mendedahkan trenkuasa baharu 755cc yang dinamakan Hornet. Mungkin ini petanda pengeluar motosikal dari Jepun itu mahu mengembalikan semula Hornet yang juga model advencer kelas pertengahan baharu.

Khabar mengenai trenkuasa baharu itu sudah tersebar sejak sekian lama walaupun Honda sebenarnya memiliki trenkuasa enjin 2-silinder Parallel-Twin 745cc yang digunakan pada X-ADV, NC750X dan Forza 750.

BACA >>> Isu Enjin Mati Mengejut, Honda Itali Panggil Balik Skuter Forza 750, NC750X dan X-ADV

Bezanya, trenkuasa baharu itu mempunyai kapasiti lebih besar, iaitu 755cc berbanding 745cc yang dikatakan mampu menghasilkan kuasa 92hp dan tork 75Nm, berbanding 58hp dan 68Nm. Selain itu, unit enjin itu juga menggunakan aci engkol 270º.

Hornet ialah model sangat penting buat Honda, terutama di Eropah kerana menawarkan harga mampu milik dan cara tunggangan ala motosikal standard.

Namun, Hornet generasi lama menggunakan trenkuasa 4-silinder sebaris, sama seperti CBR600, cuma kuasa dikurangkan. Pengeluaran model ini kemudian dihentikan pada 2014. Walaupun Honda memperkenalkan model 650cc baharu, seperti CB650F atau CB650R, model Hornet tidak pula menjelma.

Apa lebih penting kini adalah melengkapkan barisan motosikal advencer Honda. Seperti diketahui, Honda memiliki model CRF250L Rally dan CRF1100L Africa Twin, tetapi masih ada kelompongan untuk model kelas pertengahan (middleweight).

Advencer middleweight ialah segmen yang menjadi saingan sengit ramai pengeluar motosikal global yang mempertaruhkan model handalan masing-masing seperti Aprilia menerusi Tuareg 660, Yamaha (Tenere T7) dan KTM (790/890 Adventure).

Honda menyedari ketinggalan dalam segmen tersebut. Mungkinkah model advencer baharu yang bakal tiba itu dikenali sebagai Honda Africa Twin versi lebih kecil atau Honda Transalp? Sama-sama kita nantikan.

BACA >>> Honda Bakal Lancar Sportbike 250cc 4-Silinder, Mahu Cabar Kawasaki ZX-25R!
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?
BACA >>> #BikinMotor: Pereka UK Ubah Suai Honda CB100 Jadi Versi Elektrik

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Forza 750, Honda, Honda Hornet, NC750X, roda2, Trenkuasa 755cc, X-ADV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev