• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahkamah Filipina Arah Henti Sementara Syarat Bayar Saman untuk Perbaharui Cukai Jalan

Mahkamah Filipina Arah Henti Sementara Syarat Bayar Saman untuk Perbaharui Cukai Jalan

September 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHKAMAH Agung Filipina sudah mengeluarkan Arahan Larangan Sementara (TRO) ke atas Program Tangkapan Tanpa Sentuhan (NCAP).

Susulan itu Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) turut menghentikan amaran bertanda ke atas kenderaan yang sudah ditanda agensi Kerajaan lain kerana melanggar peraturan jalan raya yang dikesan melalui NCAP.

BACA >>> Filipina Mahu Perkenal Pendidikan Asas Pemandu kepada Pelajar Menengah
BACA >>> Filipina Perkenal Semula Program Beli Nombor Plat Khas Harga Premium

Ini bermaksud pemilik motosikal atau pemandu kereta yang memiliki saman NCAP masih dibenarkan memperbaharui kenderaan (cukai jalan) masing-masing tanpa caj atau denda tambahan.

Ketua LTO, Teofilo Guadiz III berkata;

Ini membolehkan proses memperbaharui pendaftaran kenderaan bermotor yang tersenarai dalam NCAP sementara menunggu keputusan akhir Mahkamah Agung.”

Bagaimanapun, jika Mahkamah Agung memutuskan program NCAP sebagai sah di bawah undang-undang, LTO akan mengembalikan amaran bertanda ke atas kenderaan. Maksudnya, proses memperbaharui pendaftaran kenderaan tidak boleh dibuat selagi saman tidak diselesaikan terlebih dahulu.

Guadiz menjelaskan lagi;

Jika Mahkamah Agung mengesahkan kesahihan perkara sama (NCAP), amaran akan ditandakan semula dalam sistem dan denda/penalti akan dipapar atau/dan dikenakan ketika proses memperbaharui pendaftaran.”

Semalam, tiga agensi kerajaan tempatan Filipina mengeluarkan amaran bertanda kenderaan yang memiliki rekod NCAP di Bandar Paranaque (93,083 amaran bertanda), Wilayah Bataan (7,601 amaran bertanda) dan Bandar Quezon (1,190 amaran bertanda).

BACA >>> Penguat Kuasa Salah Saman Pun Boleh Kena Denda di Filipina
BACA >>> Filipina Siap Sedia Gubal RUU Siasatan Kemalangan Jalan Raya yang Lebih Adil
BACA >>> Filipina Mansuh Syarat Wajib Pakai Jaket Reflektif
BACA >>> Tak Boleh Tunggang, Miliki Motor Jika Bukan Ahli Kelab Motosikal Diiktiraf ‘JPJ Filipina’

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Filipina NCAP, Pejabat Pengangkutan Darat (LTO), Program Tangkapan Tanpa Sentuhan (NCAP), Teofilo Guadiz III

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev