• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Skuter Langgar Jalan Berlubang, Melantun Sampai Terbabas Jatuh Tepi Jalan

Penunggang Skuter Langgar Jalan Berlubang, Melantun Sampai Terbabas Jatuh Tepi Jalan

September 12, 2022 By Farah Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR di media sosial satu video penunggang skuter melompat dan terbabas di tepi jalan selepas terlanggar jalan berlubang dalam, dipercayai di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Dalam klip video itu, penunggang hilang kawalan sebaik saja melanggar lubang jalan tersebut hingga nyaris dilanggar pemandu Perodua Bezza yang datang dari arah sama. Mangsa kemudian terjatuh di tepi jalan.

Turut kedengaran suara pemandu dan penumpang dalam kereta yang merakam video kejadian menjerit terkejut. Tidak diketahui nasib menimpa mangsa, tetapi dipercayai selamat kerana tidak dilanggar kenderaan lain. Insiden berkenaan menarik netizen, yang mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa yang membiarkan jalan seteruk itu tidak diturap sempurna.

"Ni namanya pihak berwajib kawasan tu tak buat kerja...," kata Khairul I'zie I'zie.

"JKR ni takde unit pemantau ke? Tujuannya round sekitar kawasan tengok mana jalan-jalan yang tak elok tu," kata Kelana Kembara.

"Yang dapat kontrak tampal tu..... ala kadar jer..... jahanam negara macam ni," kata Rasyid Anuar.

BACA>>> Penunggang Maut Ditimpa Pokok Tumbang di LPT
BACA>>> Rapid KL: "Ini Bukan Makanan Ye. Ini Adalah Naji* Manusia."

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Berlubang, JKR, motosikal terbabas, Penunggang Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev