• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Lancar Apache RTR 160, RTR 180 Versi Dipertingkat, Harga Mula RM6.6k!

TVS Lancar Apache RTR 160, RTR 180 Versi Dipertingkat, Harga Mula RM6.6k!

September 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

393
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TVS melancarkan dua model motosikal Apache RTR versi dipertingkat di India yang didatangkan dengan sejumlah perubahan minimum. Dua model itu ialah RTR 160 dan RTR 180.

Apache RTR 160 ditawarkan pada harga jualan asas 117,000 rupee (RM6,603) manakala RTR 180 pula dijual pada harga 131,000 rupee (RM7,393).

BACA >>> TVS Motor Dedah Apache RR 310 One Make Race dengan Seragam Petronas
BACA >>> Petronas Taja Pasukan TVS Racing untuk Sertai Kejuaraan Lumba Motosikal Seluruh India

Kedua-dua model menerima pembaharuan desain dan nampak lebih moden. Ini termasuk penggunaan lampu utama dan belakang jenis LED manakala lampu signal belok kekal berasaskan mentol.

Apache RTR 160 dan Apache RTR 180 juga menerima naik taraf kluster instrumen yang kini menyokong konektiviti Bluetooth. Kedua-dua model itu kini dilengkapi tiga mode tunggangan iaitu Urban (bandar), Rain (hujan) dan Sport.

RTR 160 masih menggunakan trenkuasa sama iaitu silinder tunggal 160cc 2-injap dengan sistem sejukan udara, menghasilkan kuasa 15hp pada 8,400rpm dan tork 13.9Nm @ 7,000rpm. Kotak gear kekal klac manual 5-kelajuan.

Apache RTR 180 pula dipacu enjin silinder tunggal 180cc 2-injap dengan sistem sejukan udara, menawarkan kuasa 17hp @ 8,500rpm dan tork 15.5Nm pada 7,000rpm. Transmisi sama seperti RTR160.

BACA >>> TVS Bakal Tubuh Anak Syarikat Baharu Urus Semua Produk EV Masa Depan

RTR 160 didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu biru, merah, hitam, kelabu dan putih manakala RTR 180 hanya ada dua skim iaitu hitam dan biru.

Buat masa ini, RTR 160 didatangkan dengan tiga varian pilihan iaitu brek dram, brek cakera dan versi Bluetooth. Ini senarai harganya:

  • Varian dram: 118,000 rupee (RM6,662)
  • Varian Cakera: 122,000 rupee (RM6,888)
  • Varian Bluetooth: 131,000 rupee (RM7,395)

BACA >>> TVS Motor Beli Norton Motorcycles
BACA >>> JPJ Tanya Apa Susah Sangat Ambil Lesen Memandu?
BACA >>> Lama Sangat Dapat Motor, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha

SUMBER: BikeWale

Related

393
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, naked bike, roda2, TVS, TVS Apache RTR 160, TVS Apache RTR 180

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev