• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anak Buah Tak Guna! Ajak Geng Curi Duit, Barang Kemas Lebih RM600k

Anak Buah Tak Guna! Ajak Geng Curi Duit, Barang Kemas Lebih RM600k

September 9, 2022 By Wahid Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki ditahan polis kerana memecah masuk rumah bapa saudaranya di Petaling Jaya untuk mencuri wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM630,000.

Suspek berumur 19 tahun melakukan perbuatan jenayah itu bersama rakan subahat lain dengan menggunakan wang curi tersebut untuk membeli motosikal dan berbelanja sakan. Malah, seorang suspek subahat turut menggunakan wang tersebut sebagai hantaran pertunangan.

BACA >>> Beli Motosikal Curi, Lelaki 54 Tahun Dihukum Penjara 6 Bulan
BACA >>> Kedai Dedah Nama Tuan Motor Pandai Beli, Bayar Tak Reti

Polis mendapat laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 30-an selepas menyedari rumah sewanya dipecah masuk pada 24 Ogos lalu.

Pengadu mendakwa peti besi yang diletakkan dalam rumahnya dilarikan dengan anggaran kerugian RM630,000 membabitkan RM430,000 wang tunai dan barangan kemas bernilai RM200,000.

Bertindak atas laporan, polis menahan 11 lelaki berusia antara 19 dan 23 tahun dalam serbuan di satu stesen minyak di Seremban, pada 31 Ogos lalu. Polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha RX-Z, Yamaha NVX, enam telefon pintar dan satu beg berjenama yang disyaki dibeli menggunakan wang curi.

Seorang lagi suspek ditahan di Klang dan polis turut merampas telefon pintar, dua jam tangan berjenama, kamera, motosikal Kawasaki 150RR, selipar, kad pendaftaran motosikal dan wang tunai RM1,000. Pemeriksaan lanjut di rumah 11 suspek berkenaan, yang terletak sekitar Klang, menemui pelbagai barangan dipercayai dibeli menggunakan wang curi selain tunai berjumlah RM55,950.

Jumlah keseluruhan rampasan RM271,209, manakala baki RM158,791 adalah perbelanjaan suspek yang tidak dapat dirampas seperti pembelian aplikasi permainan dalam talian, pembayaran bil, bayaran upah pembaikan rumah dan lain-lain perbelanjaan tunai.

Malah, ada wang tunai turut dibelanjakan suspek untuk mengunjungi pusat hiburan dan diberikan kepada ahli keluarga yang kemudian dibelanjakan.

Salah seorang suspek juga menggunakan wang curi sebagai hantaran pertunangan, berjumlah RM10,000, termasuk membeli barang kemas bernilai RM10,000 sebagai barang hantaran, dan turut dirampas polis.

Semua suspek direman tujuh hari bermula 1 Ogos lalu hingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk rumah dan mencuri.

BACA >>> Polis Kedah: Kantoi Berkanjo dengan Kereta Curi, VTEC On dalam Lokap
BACA >>> Polis Cekup Warga Myanmar Curi Kereta Lama

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Curi Duit Bapa Saudara, jenayah, Pecah Rumah dan Curi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev