• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aikkk... Parkir Betul Pun Kena Kapit Tayar? Pengurusan Berjaya Times Square Tak Jadi Denda Myvi

Aikkk... Parkir Betul Pun Kena Kapit Tayar? Pengurusan Berjaya Times Square Tak Jadi Denda Myvi

September 8, 2022 By Farah Leave a Comment

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PIHAK pengurusan pusat beli-belah Berjaya Times Square mengeluarkan kenyataan menjelaskan sebab kereta seorang pemandu Perodua Myvi yang tular dalam satu video Tiktok terpaksa dikapit tayar.

Dipetik portal Hype.my, kawasan tersebut ialah 'Parkir Tandem' (Tandem Parking) yang dikongsi dua kenderaan. Justeri tindakan mengapit tayar itu dilakukan bagi mengelak pengguna lain meletakkan kenderaan di situ. Malah, pihak pengurusan mendakwa pemilik Myvi dalam video itu tidak dikenakan sebarang denda.

@aimanyowww Tak logik la management times square mall ni .. takde tulis reserved atau letak kon pastu clamp .. senang nya kau buat duit ehh .. Minta clamp dah la 100 .. padahal parking tkde kacau lalu lintas pun .. #fyp #fypmalaysia #timesquare ♬ original sound - AIMAN_YOWWW

Kelmarin, tular satu video seorang lelaki tidak puas hati dengan tindakan pihak pengurusan parkir Berjaya Times Square kerana mengapit tayar Myvi miliknya walaupun dia sudah meletakkan keretanya itu dalam petak dengan betul.

Menurutnya, tiada amaran mengatakan petak itu sebagai parkir rizab (reserved). Malah tiada kon diletakkan di situ, sekali gus membuatkan dia tertanya-tanya kenapa keretanya dikapit tayar?

Rakaman video tidak puas hati itu dikongsikan dalam akaun Tiktok @aimanyowww dengan mendapat lebih sejuta tontonan. Dalam video itu, Myvi @aimanyowww diparkir di aras B1 dan petak parkir turut ada nombor lot.

Tak logik la management times square mall ni .. takde tulis reserved atau letak kon pastu clamp .. senang nya kau buat duit ehh .. Minta clamp dah la 100 .. padahal parking takde kacau lalu lintas pun," tulis kapsyennya.

Terbaharu, Aiman menyiarkan video susulan yang mengakui tidak didenda selepas mempertikaikan tindakan pihak pengurusan\ mengapit tayar keretanya. Dia juga mengaku tidak mengetahui kesalahan dilakukan dan hanya dimaklumkan tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di parkir situ.

@aimanyowww Replying to @ayuhanna89 masa sy suruh buka clamp tu sy tkde buat video sbb diorang tak bagi sy rekod dlm ofis sbb takut cetuskan perbalahan #fypシ #fypシ゚viral #fypmalaysia #timesquare #clamp ♬ original sound - AIMAN_YOWWW

Tiada reserve, tiada kon, tiada pangkah atau apa-apa. lepas tu suka-suka dia minta RM100. Depan belakang kenderaan saya semua ada nombor parkir.

"Mungkinlah diorang nak try-try ke apa, kita tak tahu, sebab saya baca komen dah ramai yang kena dekat tempat parkir saya itu. Cuma dengan saya, dia tak berani nak membuktikan apa yang saya salah dekat situ.. sebab memang takde reserve ke apa, memang itu parkir orang awamlah," ujarnya.

BACA>>> Pemandu Myvi Diburu Polis Ludah Kereta Myvi Orang Lain
BACA>>> Kedai Dedah Nama Tuan Motor Pandai Beli, Bayar Tak Reti

Related

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Berjaya Times Square, Myvi, Myvi Kena Clamp Berjaya Times Square, parkir dalam mall, Times Square Mall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev