• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?

#FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?

September 7, 2022 By Han Othman Leave a Comment

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM dunia automotif, timbul tip legenda urban yang mendakwa kereta mesti diparkir dalam keadaaan tayar depan diluruskan kerana boleh menyebabkan tayar rosak.

Soalannya, adakah tip itu benar, atau sekadar masalah visual, atau ada isu keselamatan?

Menurut Kompas.com yang memetik pemilik bengkel Nissan dan Datsun, Hardi Wibowo berkata, tip yang menyarankan pemandu meluruskan tayar depan itu sebenarnya hanya untuk aspek kekemasan dan perapian sahaja. Ia sama sekali tidak menjejaskan komponen tayar.

Jika melihat prinsip kerja rak stereng (steering rack), sama ada menggunakan pam atau motor EPS (stereng kuasa elektrik), tiada kesan kerosakan jika parkir dalam keadaan stereng belok. Jadi tidak mesti lurus juga, mungkin kurang rapi saja,” katanya.

Hardi berkata lagi, apabila enjin dimatikan, pam stereng kuasa tidak akan bekerja, yang mana stereng tidak lurus tidak boleh membuatkan komponen rak stereng rosak.

Penjelasan itu turut disokong mekanik Nissan Bintaro, Ibrohim yang mengatakan tindakan meletakkan kereta dengan tayar tidak diluruskan tidak akan menjejaskan komponen kenderaan.

Stereng dengan motor EPS menggunakan sensor gerak untuk mengoperasikan fungsi motor. Jadi, walaupun tayar membelok, sensor akan menunjukkan angka 0 selagi tiada gerak yang memutarkan stereng,” katanya.

Ibrohim menjelaskan, EPS tidak aktif selama mana enjin tidak dihidupkan kerana sistem sudah disepadukan dengan stereng kuasa sebelumnya. Justeru, meletakkan kereta dalam kondisi tayar membelok adalah tidak jadi masalah.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Abjad 'R' pada Dinding Tayar Kenderaan Anda?
BACA >>> Pemilik Iriz Salahkan Proton, Tayar Baru 2 Bulan Meletup Tiba-Tiba, Tapi Kena Sindir Netizen

SUMBER: Kompas.com

Related

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Fakta atau Auta, Nissan Bintaro, tip automotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my