SEMALAM, tular video pemandu Honda BR-V terlanggar kereta belakang ketika mengundur keluar dari petak parkir. Sebenarnya cara keluar parkir (termasuk masuk secara mengundur atau selari) ada diajar di sekolah memandu. Mungkin ramai yang terlupa.
Bayangkan anda dalam situasi pemandu BR-V itu yang mungkin berdepan situasi ruang parkir sempit, bagaimanakah cara menangani masalah tersebut? Apa kata tonton video tutorial dan baca penjelasan di bawah ini:
- JANGAN pusing stereng terlalu awal.
- Pastikan undur kereta hingga hujung bampar depan kereta berada sebaris hujung but kereta di sebelah (kiri atau kanan).
- Pusing stereng habis mengikut arah mahu undur keluar. Kalau mahu undur ke kiri, pusing stereng ke kiri atau sebaliknya.
- Anda sepatutnya boleh keluar dengan selamat, TETAPI...
- Hati-hati dengan belakang kereta anda, kerana ruang parkir di belakang mungkin sempit dan ada kereta lain atau pengguna lain (seperti pejalan kaki atau kenderaan bergerak) di belakang.
- Boleh bergerak sedikit ke depan dan ulangi langkah di atas hingga kereta dapat berundur keluar sepenuhnya.
- Gunalah kebijaksanaan anda, tidak perlu gopoh pun.
Leave a Reply