• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha R1 GYTR (2023) dengan Spesifikasi Hampir Mirip Jentera WorldSBK

Yamaha R1 GYTR (2023) dengan Spesifikasi Hampir Mirip Jentera WorldSBK

September 6, 2022 By Aryon 1 Comment

407
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA mengumumkan superbike R1 versi trek dengan dilengkapkan komponen lumba yang dibangunkan GYTR untuk model-model perdana. Sebagai makluman, model ini tidak sah untuk homologasi jalan raya biasa dan hanya dikhaskan untuk tunggangan litar sahaja.

Apa menarik mengenai R1 GYTR (2023) ini?

BACA >>> Kurang 24 Jam, 20 Unit Yamaha YZF-R1 GYTR Edisi Aniversari Habis Dijual!
BACA >>> Yamaha R15M, R25 World GP 60th Anniversary Edition Kini di Indonesia, Harga Mula RM12k

  • Dibangunkan divisyen Genuine Yamaha Technologies Racing (GYTR) yang juga bertanggungjawab menghasilkan jentera lumba latihan buat pelumba.
  • GYTR turut menaja pasukan GRT Yamaha WorldSBK dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), dan Yamaha Austria Racing Team (YART) dalam Kejuaraan Enduran Dunia (EWC).
  • Ramai pelumba, walaupun tidak bersekutu dengan Yamaha,  atau daripada pasukan pengeluar lain, mengakui R1 adalah antara jentera terbaik untuk latihan trek.
  • Antara pelumba yang menjadikan R1 sebagai jentera latihan ialah Pedro Acosta, Sam Lowes, Miguel Oliveira and ramai lagi.
  • Idea menghasilkan model R1 GYTR adalah untuk meluaskan pasaran yang tidak terhad untuk pelumba profesional sahaja.
  • Tambahan lagi selepas menyaksikan Aprilia melancarkan model trek RSV4 Xtrenta, dan pengeluar lain yang juga memiliki versi trek sendiri.
yamaha-r1-gytr-2023-6
yamaha-r1-gytr-2023-7
yamaha-r1-gytr-2023-4
yamaha-r1-gytr-2023-5
  • Berikut apa yang disediakan pada R1 GYTR (2023):
    • Mufler Akrapovic Race dab sistem mid-pipe
    • Set palam pencucuh AIS
    • Set penutup enjin
    • Unit kawalan elektronik (ECU) GYTR
    • Harnes pendawaian
    • Kabel antaramuka PC
    • Emulator ABS GYTR
    • Suis on/off GYTR
    • Sproket 15/42T 520
    • Rantai lumba GYTR R-Series 520
    • Tayar BS R11
    • Penutup tangki lumba GYTR
    • Set kabel brek keluli tahan karat karat GYTR
    • Kaliper dengan kit piston keluli GYTR
    • Pad brek Brembo Z04
    • Bar hendal lumba
    • Stopper stereng
    • Gad sproket belakang sirip jerung
    • Gad tuil brek depan bilet
    • Set belakang lumba dengan opsyen anjakan undur Race Rear Set with reverse shifting option
    • Cangkuk tongkat belakang
    • Tongkat belakang lumba R-Series
    • kit kowl lumba penuh warna putih
    • Visor udara lumba
    • Pelana lumba GYTR

  • The R1 GYTR hanya boleh dibeli di 17 premis GYTR Pro Shops  sekitar Eropah, dan pasukan GYTR Eropah sendiri akan membantu melakukan tetapan khas mengikut pelanggan, termasuk memberikan tip berlumba dan hari trek (track days).
  • Yamaha turut mengumumkan akan melancarkan GYTR Pro yang terdiri daripada lebih 400 komponen berbeza dibangunkan GYTR yang digunakan pada jentera Iwata dalam WorldSBK jenama Iwata, termasuk pasukan pengilang Pata Yamaha yang pernah menjulang Toprak Razgatlioglu sebagai juara WorldSBK 2021.
  • Barisan komponen itu sebelum ini pernah dilancarkan sebagai GYTR Pro VR46 yang menjadi R1 trek milik Valentino Rossi mirip spesifikasi jentera WorldSBK.
  • Beberapa komponen GYTR Pro terdiri daripada produk Brembo dan Öhlins.

BACA >>> Yamaha Hadiahkan Rossi R1 GYTR VR46 Tribute Edisi Khas
BACA >>> Yamaha YZF-R7 Tampil Mengancam dengan Kit Badan Lumba GYTR

yamaha-r1-gytr-2023-3
yamaha-r1-gytr-2023-4
yamaha-r1-gytr-2023-5
yamaha-r1-gytr-2023-6
yamaha-r1-gytr-2023-7
yamaha-r1-gytr-2023-2
yamaha-r1-gytr-2023-1

Related

407
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GRT Yamaha WorldSBK, roda2, superbike, Superbike Trek, Yamaha, Yamaha Austria Racing Team (YART), Yamaha R1 GYTR (2023)

Comments

  1. Mohd Azmi Bin Ahmad says

    February 4, 2024 at 11:23 AM

    How many units to be deliver & shipment them to Malaysia?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev