• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Belanja RM1 Bilion Tampung Kos Bas Henti-Henti Sejak 2012

Kerajaan Belanja RM1 Bilion Tampung Kos Bas Henti-Henti Sejak 2012

September 2, 2022 By Han Othman Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN memperuntukkan dana sokongan RM1 bilion bagi membantu operasi bas henti-henti seluruh negara bermula 2012 hingga sekarang, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, dana sokongan itu diperkenalkan bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) dan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF) menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

ISBSF bertindak sebagai langkah sementara untuk membantu pengendali bas henti-henti yang terjejas ekoran peningkatan kos operasi.

“Sekarang kita sudah ubah kepada proses transformasi dan penjenamaan terbaharu seperti SBST dengan mengggunakan MyBAS dan hingga hari ini Kerajaan membelanjakan RM1 bilion,” katanya.

 

Ka Siong berkata demikian selepas merasmikan Perkhidmatan Bas E-Mutiara Rentas Desa (MRD) di Tunjong, Kota Bharu, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM4 juta setahun menerusi ISBSF bagi operasi bas henti-henti di Kelantan. Menurutnya usaha itu bertujuan memudahkan pergerakan rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan dan masih memerlukan perkhidmatan kenderaan awam.

Perkhidmatan ini turut dirangka bagi memastikan penumpang memperoleh perkhidmatan bas sepanjang laluan sosial yang dahulu kurang mendapat perhatian.

“Di samping mengurangkan pertindihan laluan bas supaya liputan perkhidmatan itu mencapai tahap optimum, SBST sudah dilaksanakan di bandar-bandar besar negara ini,” katanya.

Ka Siong berkata lagi, sebanyak 27 bas mini sudah beroperasi secara keseluruhan di sepanjang 13 laluan MRD di Kelantan sejak 1 Februari lalu. Antara kemudahan disediakan perkhidmatan itu ialah bas berpenghawa dingin, teknologi baharu termasuk tiket elektronik dan mampu memuatkan 30 penumpang pada satu-satu masa.

SUMBER: Bernama

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Auto Terkini, Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan, MyBAS, Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev