• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Spesifikasi Penuh Yamaha YZF-R15 v3.0

Spesifikasi Penuh Yamaha YZF-R15 v3.0

January 28, 2017 By Admin PanduLaju 2 Comments

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS selamat dilancarkan 23 Januari lalu di Indonesia, Yamaha YZF-R15 v3.0 kini cuma menunggu masa menyerang pasaran republik itu pada Februari ini, di mana harga jualan akan diumumkan PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM).

Tampil garang dan langsing menerusi rekabentuk fairing ramping yang mengetengahkan konsep berbilang lapis. Lampu depan dan belakang LED kini dilengkapi dengan lampu hazard yang menjadikan motor terlihat agresif selain boleh digunakan saat kecemasan.

BACA >>> Indonesia Lancar ‘Baby R6’, Ketahui 5 Fakta Tentang Yamaha YZF-R15 v3.0

Menurut YIMM, ciri lampu hazard itu diperkenalkan berasaskan maklum balas komuniti Siri-R Yamaha. Rekabentuk panel hendal dan badan menyerlahkan gaya perlumbaan. Spidometer digital dilengkapi indikator anjakan gear dan boleh dilaraskan mengikut kesesuaian penunggang. Malah, pemilik boleh memasukkan identiti nama - enam huruf - pada LCD spidometer, termasuk beberapa fungsi lain yang informatif.

yamaha r15 (10)
yamaha r15 (7)

Bagi menawarkan pengendalian sempurna dan gagah, Yamaha memilih rangka Deltabox bersama suspensi fork terbalik di depan dan lengan ayun di belakang. Malah, saiz tayar lebar adalah bonus ketika melayan seleko, sekali gus menjadikan Yamaha YZF-R15 v3.0 lebih aerodinamik berbanding sebelumnya.

SPESIFIKASI

YAMAHA YZF-R15 V3.0

ENJIN Penyejukan cecair, 4-lejang, SOHC, 4-injap, suntikan bahan api (Fi), silinder tunggal, petrol
KAPASITI ENJIN 155.1cc
TRANSMISI 6-kelajuan, klac multiplat jenis basah
CASIS Frem Delta box
KUASA MAKS 19.04hp @ 10,000rpm
TORK MAKS 14.7Nm @ 8,500rpm
DIMENSI panjang x lebar x tinggi : 1,990mm x 725mm x 1,135mm
TINGGI PELANA 815 mm
JARAK RODA 1,325 mm
BERAT 137 kg
TANGKI 11 Liter
TAYAR & RODA 100/80-17M/C 52P (depan); 140/70-17M/C 66S (belakang); 17-inci, rim aloi, tidak bertiub (tubeless)
BREK Cakera tunggal 282mm (depan); Cakera tunggal 240mm (belakang)
SUSPENSI Teleskopik terbalik (USD) (depan); Monoshock (belakang)
LAMPU Lampu depan & belakang LED, lampu signal kristal (kiri & kanan), lampu posisi
CIRI MUDAH & SELESA Penghidup elektrik, pemijak kaki pembonceng, lampu nampak (pass light), tempat duduk terpisah, besi pemegang pembonceng, suis pemati enjin
KONSOL INSTRUMEN Digital --> Spidometer, takometer, meter trip, odometer, tolok minyak, indikator gear
BATERI Bebas senggara, 3.5Ah (10H), 12V
WARNA Racing Blue (biru), Matte Black (hitam), Matte Red (merah)

Sumber foto: FB Yamaha Motor Indonesia

GALERI

Yamaha-All-New-R15-Matte-Black
Yamaha-All-New-R15-Racing-Blue
Yamaha-All-New-R15-Matte-Red
yamaha r15 (6)
yamaha r15 (1)
yamaha r15 (10)

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal, roda2, spesifikasi Yamaha YZF-R15 v3.0, Yamaha, Yamaha YZF-R15 v3.0

Comments

  1. shafiqkkakiride says

    July 9, 2017 at 4:57 PM

    Beginer superbike... Berapa harga dia ni.. Malaysia keluar sudah kah belum

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev