• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar, Siswa Pulau Bali Perlu Guna EV, Mula 2023

Pelajar, Siswa Pulau Bali Perlu Guna EV, Mula 2023

September 2, 2022 By Shawkath Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UDARA sekitar Pulau Bali, Indonesia dijangka lebih bersih dan segar jika harapan Gabenor Bali, I Wayan Koster berjaya dilaksanakan bermula tahun depan.

I Wayan mengumumkan rancangan memperhebatkan jumlah penggunaan kenderaan elektrik (EV) di beberapa kawasan sekitar pulau perlancongan itu. Langkah itu dibuat susulan Persidangan G20 yang dijadualkan berlangsung di Nusa Dua, Bali November ini.

BACA >>> China, Korea Selatan Pun Berminat Tambah Pelaburan Pembuatan EV di Indonesia
BACA >>> Indonesia Sasar Keluarkan 600k Unit Kenderaan Elektrik Menjelang 2030

Seiring persidangan itu, ada beberapa pendekatan sosial dilakukan seperti mengetengahkan EV sebagai pengangkutan mesra alam. Khabarnya, beberapa kemudahan turut disediakan bagi menyokong penggunaan kenderaan bebas emisi itu.

Terdahulu, satu perarakan motosikal EV berlangsung di Bali dalam usaha mendidik orang awam selain membuktikan kepada negara lain G20 disokong pengangkutan EV. I Wayan berkata;

Pada 2023, kami merancang memperhebatkan perkara itu dengan menguatkuasa polisi zon dan anak-anak kecil, pelajar sekolah tinggi dan penuntut universiti untuk menggunakan kenderaan elektrik.”

Beliau berkata, pemilihan EV adalah kerana lebih murah dan tidak memerlukan banyak kerja penyelenggaraan, kurang menggunakan bahan api selain bebas emisi ekzos, sekali gus menjadikan ia medium kenderaan yang lebih bersih.

bali ev 1
bali ev

Kerajaan Provinsi Bali juga sudah memulakan polisi penggunaan tenaga bersih dengan memilih Pulau Nusa Penida sebagai lokasi pertama perlaksanaan program berkenaan. Langkah sama turut akan dilaksanakan di beberapa kawasan tumpuan pelancong seperti Ubud dan Sanur.

I Wayan berkata, proses mendidik orang awam untuk bertukar kepada penggunaan EV mudah disandarkan kepada faktor kecekapan. Menurutnya;

Peralihan dari penggunaan motosikal berasaskan petrol kepada elektrik di Bali bukan perkara sukar. Ia seperti bertukar dari penggunaan kayu kepada minyak dan gas.

“Semua proses itu jadi mudah kerana lebih menjimatkan perbelanjaan. Saya yakin akan berjalan lancar.”

BACA >>> Indonesia Tayang Model Konsep Toyota Innova EV, Ada Potensi Masuk Malaysia?
BACA >>> Harga Minyak Tanpa Subsidi Turun, Minyak Subsidi Kekal di Indonesia, Malaysia Masih Murah!
BACA >>> Jenama Motosikal EV Premium, Energica Akan Masuk Indonesia!
BACA >>> Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia

SUMBER: Kompas

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, I Wayan Koster, Indonesia EV, Kenderaan Elektrik (EV), Persidangan G20, Pulau Bali, Pulau Nusa Penida

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev