• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hantar Kari Guna Skuter Elektrik Mampu Jaga Kualiti Makanan

Hantar Kari Guna Skuter Elektrik Mampu Jaga Kualiti Makanan

September 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI pengusaha premis makanan di Jepun kini mula mengambil inisiatif menambah baik usaha penghantaran makanan kepada pelanggan selepas menyedari trend baharu dalam tingkah laku pengguna.

Pelanggan di negara itu dilihat lebih suka membawa pulang makanan dibeli atau membuat pesanan makanan untuk dikirim ke kediaman mereka. Perubahan tingkah laku itu dikesan sejak beberapa tahun lalu.

BACA >>> Kereta Calar, Pemandu Wanita Balun Penunggang Basikal Hantar Makanan

Aidea AA Cargo - 1
Aidea AA Cargo - 2

Kedai makanan kari Jepun popular, CoCo Ichibanya yang memiliki premis seluruh dunia baru-baru ini membeli beberapa unit skuter elektrik roda tiga AA Cargo daripada Aidea.

CoCo Ichibanya mempunyai lebih 1,200 premis seluruh Jepun. Justeru e-skuter Aidea AA Cargo dapat membantu memudahkan kiriman kari segar ke kawasan bandar dan luar bandar dengan mengekalkan tahap kualiti makanan tersebut.

Menariknya, AA Cargo tidak perlu menjalani penyelenggaraan berjadual lebih kerap seperti skuter petrol. Malah, motosikal elektrik itu tidak perlu ditukarkan palam pencucuh atau diisi minyak.

BACA >>> Cari Nadia Ambil Makanan RM100 Tak Bayar, Abang Rider Tunggu Berjam Lama di Kilang
BACA >>> Honda Jepun Henti Ambil Tempahan 10 Model Popular, Malaysia Turut Terkesan?

Penunggang cuma perlu mengecas bateri sebelum kedai makan mula beroperasi, dan setiap cas penuh boleh ditunggang hingga 97km, cukup untuk kerja kiriman seharian.

Menurut portal permotoran Jepun, Young Machine, pemilik cawangan CoCo Ichibanya di Chuo-dori, Hiroaki Sato berkata, kedainya menerima antara 60 hingga 70 tempahan sehari dengan jarak penghantaran 6km-7km untuk setiap satu pesanan.

Aidea AA Cargo - 4
Aidea AA Cargo - 5

Beliau berkata, barisan kenderaan AA Cargo membantu proses susunan jadual kiriman dan menjimatkan banyak perbelanjaan kos operasi. Malah penampilan skuter itu dengan liveri terang CoCo Ichibanya secara tidak langsung dapat menjadi promosi bergerak supaya lebih ramai pengguna di Jepun sedar dengan kewujudan premis kari popular itu.

Kesegaran makanan seperti kari dan sup dapat dipelihara kerana kenderaan AA Caro tidak menghasilkan sebarang getaran daripada trenkuasa. Penggunaan skuter elektrik itu dikatakan ideal di kawasan bandar yang ramai penduduk dengan permukaan jalan raya diselenggara baik.

Selain CoCo Ichibanya, Aidea juga menawarkan AA Cargo kepada pemain dalam industri untuk memacu perkembangan ekonomi Jepun. Beberapa syarikat seperti Japan Post, DHL dan McDonalds juga beralih kepada skuter elektrik untuk mengoptimumkan aktiviti harian.

SUMBER: Young Machine | RideApart

Related

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aidea AA Cargo, Auto Terkini, CoCo Ichibanya, Kiriman Makanan, Penghantaran Makanan, roda2, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev