Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tunggang Gaya Lama Punca Morbidelli Gagal Menyerlah Seperti Quartararo
Auto Terkini

Tunggang Gaya Lama Punca Morbidelli Gagal Menyerlah Seperti Quartararo

AryonBy Aryon30/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FRANCO Morbidelli adalah antara pelumba yang jelas merosot musim ini dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 walaupun beraksi cemerlang beberapa musim terdahulu bersama pasukan satelit Yamaha.

Apa dialami Morbidelli yang kini menjadi pelumba Monster Energy Yamaha di samping rakan pasukan Fabio Quartararo nyata menjadi misteri yang sukar difahami pasukan itu sendiri. Dibandingkan rakan sepasukannya itu, Morbidelli ketika ini hanya mengutip 26 mata dan berada di ranking ke-19 berbanding Quartararo yang mengumpul 200 mata.

BACA >>> Takut Terlepas Balik Itali, Morbidelli Pinjam Motor Polis ke Lapangan Terbang

Mantan pelumba dan juga mantan pengurus Yamaha, Wilco Zeelenberg cuba menjelaskan isu berkenaan.

Fabio kadang-kadang mengambil selekoh laju tetapi dia tidak buatkan tayar jadi overheat, dia menunggang dengan sudut miring yang kecil. Dia mengelak masalah yang pelumba lain hadapi.

“Rakan pasukannya (Morbidelli) pula lebih kepada gaya lama. Dia brek kuat dan masuk selekoh sambil membrek. Fabio pula brek lurus, lepaskan brek dan kemudian ambil selekoh. Dia buat macam tu kat setiap selekoh dan dapat tambah kelajuan dalam 1kmj-2kmj untuk setiap selekoh.

Bagi Morbidelli pula, beliau mengakui masalah itu dan cuba memberikan penjelasan;

Momen terburuk aku bukan ini. Ia masa aku 14 tahun dan aku terfikir nak berhenti sebab tak ada duit nak terus berlumba. Itulah antara detik paling sukar sebab impian susah nak capai, jadi apa yang aku tetapkan dalam diri aku sentiasa tinggi.

“Aku ialah pelumba yang mencabar kejuaraan pada 2020 dan untuk kekalkan jangkaan dan prestasi, aku kena desak diri dan bekerja. Sekarang aku tak buat apa yang dijangka daripada aku, dan apa yang orang lain fikir aku mampu buat.

“Aku cuba sesuaikan jentera, kami dah tambah baik beberapa bahagian, tapi bahagian lain pula teruk. Jadi sebelum cuti musim panas nanti, kami akan berbincang dan aku adalah salah seorang yang perlu berubah. Tapi semuanya rumit sebab MotoGP ini sangat susah. Semuanya dalam keadaan terbaik tapi bila buat silap, kau akan duduk kat belakang. Nak ubah gaya menunggang bukanlah sesuatu yang boleh berlaku tiba-tiba.”

Zeelenberg berkata lagi;

Gaya bergantung kepada banyak perkara, salah satunya ialah struktur fizikal. Kami berkongsi data dan tengok apa Fabio buat. Dengan bakat dan ketinggian, dia dapat kawal motor dengan baik. Dia sentiasa dapat kawal traksi tayar belakang. Dia dapat buat lebih baik daripada orang lain. Ia kombinasi banyak faktor.”

BACA >>> Morbidelli Nak Tinggalkan Yamaha Kalau Tak Dapat Jentera Spec Kilang
BACA >>> Lorenzo, Biaggi Kritik Yamaha, Morbidelli Patut Dapat Jentera Lebih Baik

SUMBER: GPone

Auto Terkini Fabio Quartararo franco morbidelli Monster Energy Yamaha MotoGP 2022 Wilco Zeelenberg Yamaha YZR-M1
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.