• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Joan Mir Sah Masuk Repsol Honda, Ikat Kontrak Dua Tahun Hingga 2024

Joan Mir Sah Masuk Repsol Honda, Ikat Kontrak Dua Tahun Hingga 2024

August 30, 2022 By Aryon Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS beberapa bulan spekulasi, pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir disahkan menandatangani kontrak dua tahun bersama HRC untuk bersama Repsol Honda hingga penghujung 2024.

Mir akan menggantikan Pol Espargaro yang akan menyertai pasukan baharu GasGas Tech3 KTM musim depan, sekali gus menjadi pelumba kedua dalam pasukan pengilang Honda selepas Marc Marquez.

BACA >>> Marquez Dapat Lampu Hijau Turun Berlumba September Ini

Kenyataan HRC mengumumkan;

Honda Racing Corporation berbangga mengumumkan menandatangani Joan Mir. Juara Dunia MotoGP 2020 itu membuktikan dirinya sebagai bakat tahap Juara Dunia sejak musim pertama dalam Moto3 pada 2016.

Pada 2017, beliau menjuarai kelas lightweight dengan Honda sebelum berhijrah ke kelas pertengahan pada tahun berikutnya. Dengan dua kejuaraan dunia, pelumba Sepanyol itu meraih 12 kali kejuaraan Grand Prix dan 33 podium. Pelumba 24 tahun itu akan beraksi dengan Honda RC213V dalam pasukan pengilang dengan kontrak dua tahun di samping Mar Marquez."

Mir tidak dapat beraksi dalam saingan GP San Marino di Misano hujung minggu ini kerana mengalami kecederaan ligamen dan retak tulang pada buku lali kanan yang dialaminya ketika MotoGP Austria, dua minggu lalu.

BACA >>> Marquez Beri Bayangan Mir Sertai Repsol Honda Musim Depan
BACA >>> Mir Patah Buku Lali! Badi Nak Masuk Honda?

SUMBER: Crash.net

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda Racing Corporation (HRC), Honda RC213V, HRC, Joan Mir, Marc Marquez, MotoGP 2022, Repsol Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev