• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Litar MT3 di Sepang Bakal Jadi Pusat Uji Sistem Keselamatan Kenderaan Peringkat Asean

Litar MT3 di Sepang Bakal Jadi Pusat Uji Sistem Keselamatan Kenderaan Peringkat Asean

August 30, 2022 By Han Othman Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALAYSIA bakal memiliki litar uji kenderaan MIROS Technology Test Track (MT3), bernilai RM10 juta yang akan dibina di Sepang, dan menjadi perintis kepada pelbagai ujian sistem keselamatan aktif dan pasif kenderaan dalam negara, termasuk rantau Asean, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, pembinaan litar MT3 sepanjang 1km itu akan membuka peluang ke arah penghasilan kenderaan bertaraf lima bintang dan lebih selamat digunakan.

BACA >>> Malaysia Jadi Negara Asean Pertama Hasilkan Bateri Litium-Ion untuk EV Menjelang 2020

Litar MT3 menawarkan ujian keselamatan kenderaan seperti ujian berkaitan ciri Bantuan Keselamatan (Safety Assist) terhadap kenderaan penumpang, ujian kenderaan komersial, ujian motosikal dan infrastruktur jalan seperti ujian perlanggaran perabot jalan (road furniture).

Ka Sioang berkata lagi, pembinaan MT3 selari pelantikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya Asean yang berperanan menyumbang dan mempromosi keselamatan jalan raya Asean.

Diharapkan MT3 dapat menarik pihak swasta dan agensi lain untuk bekerjasama dengan MIROS bagi memastikan kenderaan dihasilkan memenuhi spesifikasi ditetapkan.

“Melalui litar itu, agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga diharap dapat melaksanakan pengujian kepada kenderaan bagi proses kajian, penyelidikan dan penilaian,” katanya.

Ka Siong berkata demikian ketika berucap sempena perasmian majlis pecah tanah MT3 hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, litar uji MT3 yang dibina di tapak 100 ekar itu dijangka siap hujung tahun ini. Litar uji itu menawarkan perkhidmatan ujian perlanggaran untuk pembekal perabot jalan seperti pengadang jalan untuk menguji tahap pematuhan produk terhadap piawaian ditetapkan pihak berkuasa.

Buat masa sekarang, ujian perlanggaran ke atas perabot jalan hanya boleh dilakukan di negara lain yang melibatkan kos tinggi.

Kemudahan ujian perlanggaran di MT3 dijangka dapat menarik lebih ramai pengeluar tempatan untuk menghasilkan produk lebih kos efektif dan secara tidak langsung membantu pertumbuhan industri pengeluaran tempatan untuk produk perabot jalan,” katanya.

Pada majlis itu, Wee turut menyampaikan watikah pelantikan kepada empat ahli Lembaga Pengarah MIROS baharu, iaitu Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail.

Turut menerima watikah ialah Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia, Antony Lee Fook Weng dan Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily, Allen Hwn Yaul Len.

BACA >>> MIROS Sediakan Konsep Had Laju 30kmj Sekitar KL untuk DBKL
BACA >>> MIROS: Motosikal Memang Tak Boleh Guna Lorong Kecemasan, Tapi....

SUMBER: Bernama

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Litar MT3, MIROS Technology Test Track (MT3)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev