• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Tambah Perkhidmatan Tren Komuter Sempena Hari Kemerdekaan 2022

KTMB Tambah Perkhidmatan Tren Komuter Sempena Hari Kemerdekaan 2022

August 25, 2022 By Han Othman Leave a Comment

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) menambah lima perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang bagi memudahkan orang ramai menyertai sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, 31 Ogos ini.

KTMB dalam kenyataan di Facebook rasmi KTM Berhad memberitahu dua perkhidmatan tambahan di laluan Pulau Sebang ke Batu Caves akan disediakan pada 4.35 pagi dan 5.05 pagi hari tersebut.

BACA >>> Staf KTMB Sudah Halang, Netizen Debat Punca Axia Kena Langgar Kereta Api

Selain itu, KTMB turut menyediakan perkhidmatan dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim pada 5.20 pagi dan 5.50 pagi serta dari Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang pada 5.15 pagi.

Inisiatif ini adalah sebagai tanda sokongan KTMB kepada pihak Kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan tahun ini setelah dua tahun tidak dapat disambut akibat pandemik Covid-19," kata KTMB.

KTMB turut meminta pengguna merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat operasi tren menggunakan aplikasi MyRailtime, laman web rasmi atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB menerusi talian 03-2267 1200.

BACA >>> Ponteng Sekolah Sebab Kereta Api Tak Berhenti, KTMB Gantung Tugas Staf Terlibat
BACA >>> KTMB: Wanita Hamil, Anak Duduk Atas Lantai Bukan Sebab Tak Ada Kerusi

Related

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), KTM Berhad, KTM Komuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my