• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Yaris Hybrid GR Sport (2023), Model Sporty 4-Pintu untuk UK, Harga RM128k

Toyota Yaris Hybrid GR Sport (2023), Model Sporty 4-Pintu untuk UK, Harga RM128k

August 31, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA GR Yaris
memang hebat tetapi bukan untuk pelanggan kebanyakan. Model yang lebih praktikal dan mesra poket ditawarkan di Eropah dan terbaru Toyota Britain memperkenalkan Yaris Hybrid GR Sport (2023).

Model itu ialah versi kemas kini kepada Yaris GR Sport yang diperkenalkan pada penghujung 2021 di Eropah. Pakej yang ditawarkan memang menarik dengan ciri ada empat pintu, trenkuasa hibrid dan dilengkapi aksesori GR.

BACA >>> Toyota GR Corolla Morizo Edition - Model Edisi Terhad Tanpa Kerusi Belakang yang Buas!
BACA >>> Terlajak Drift, Toyota GR Yaris Ini Terbabas dan Tunggang Terbalik Sampai Remuk Teruk

Ciri paling menonjol Yaris Hybrid GR Sport (2023) ialah:

  • Rim 18 inci dengan aksen merah yang memenuhi gerbang roda hot-hatch itu. Tema prestasi diserlahkan menerusi difuser belakang bentuk T, moulding pintu dan cermin sisi hitam dan aksen halus merah antara lambu belakang.
  • Menampilkan identiti wajib, iaitu logo GAZOO Racing (GR) dan dilekatkan pada bampar depan dan pintu but belakang. Mengenai warna, pembeli boleh memesan dwitona termasuk kombinasi Ash Grey dan bumbung hitam.
  • Ruang kabin dipasangkan kerusi sport dengan logo GR pada penyandar kepala dan fabrik hitam dengan sulaman benang merah.
  • Logo GR turut dipamerkan pada butang penghidup enjin dan stereng. Kedua-dua stereng dan tombol gear dibalut kulit dan sulaman benang merah.

  • Lagi ciri standard ialah penyaman udara dwi-zon automatik, sistem multimedia 8 inci, enam pembesar suara dan konektiviti telefon pintar dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Pembeli yang mahukan kit lebih lengkap boleh dapatkan pakej seperti berikut:
    • City Pack: Cermin sisi boleh lipat automatik, sensor parkir depan dan belakang dengan fungsi brek automatik (AEB), Monitor Titik Buta (BSM) dan navigasi GPS.
    • Essential Protection Pack: Pelindung bampar belakang (hitam), linerbut, penghadang lumpur depan dan belakang.
    • Essential Protection Pack +: Pelindung bampar belakang besi tahan karat, linerbut, penghadang lumpur depan dan belakang, serta karpet kaki getah.

  • Tidak hanya kosmetik, Yaris GR Sport juga menawarkan pengendalian lebih tajam. Di bawah lantai kereta dipasangkan mounting pada setiap sisi bagi meningkatkan kekuatan struktur.
  • Absorber dipertingkat untuk respons lebih pantas pada halaju rendah dan spring belakang diubah untuk menahan pergerakan badan kereta dan angkatan roda ketika memecut dan membrek.
  • Mengenai trenkuasa, Toyota tidak berkongsi perincian. Sebagai rujukan, Yaris Hybrid dijana enjin 3-silinder 1.5L dengan motor elektrik atau generator MG2 yang dipadankan transmisi e-CVT.
  • Enjin pembakaran dalaman berkuasa 90hp @ 5,500rpm dan tork 120Nm @ 3,600 rpm. Motor elektrik pula berkuasa 59kW dengan tork 141Nm.
  • Di Britain, Yaris Hybrid GR Sport sudah boleh dibeli dan ditawarkan pada harga £24,420 (RM128,920).

BACA >>> Toyota GR86 10th Anniversary Edition (2023), Model Edisi Khas untuk Australia!
BACA >>> Toyota Sienna 25th Anniversary Edition - Minivan Kegemaran Amerika Ini Cuma Ada 2,525 Unit!

 

Related

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Gazoo Racing, GAZOO Racing (GR), GR, hot-hatch, Roda4, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota Yaris, Toyota Yaris Hybrid GR Sport, Yaris Hybrid GR Sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my