• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Padah Suka Tayang Hidup Mewah di Media Sosial, Jutawan Kena Rompak Tengah Jalan

Padah Suka Tayang Hidup Mewah di Media Sosial, Jutawan Kena Rompak Tengah Jalan

August 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG jutawan dari Kuwait menjadi sasaran perompak di London dengan laporan mengatakan insiden tersebut ada kaitan dengan perkongsian di akaun media sosial milik mangsa.

Menurut laporan, Abdullah F Al Basman diserang ketika berada dalam sebuah Bugatti Chiron berwarna hitam jingga.

BACA >>> #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WATCH CRIME LONDON (@watch_crime_ldn)

Serangan dilakukan dua penunggang skuter pada siang ketika jutawan berkenaan terperangkap dalam kesesakan trafik. Kumpulan perompak itu dipercayai mengekori mangsa sebelum cuba menyamun.

Abdullah dikatakan kerap berkongsi foto dan video di media sosial yang menunjukkan tempat dia melancong, menginap di London dan Paris, termasuk kereta Bugatti dimilikinya. Malah, dia turut berkongsikan minatnya kepada jam tangan berharga mahal.

Insiden serangan sempat dirakamkan dan tular di media sosial. Salah seorang perompak menggunakan tukul besi untuk memecahkan tingkap sisi Bugatti mangsa, dan ada saksi mendakwa penjenayah itu turut membawa parang.

Abdullah sempat memecut untuk melarikan diri dari menjadi mangsa rompakan, dan laporan awal mengatakan kumpulan perompak itu berhajatkan jam tangan Platinum Rolex Daytona di tangan Abdullah yang dianggarkan berharga lebih AS$130,000 (RM583,505).

Bagaimanapun, laporan Watch Crime London pula menyatakan kumpulan perompak itu bukan mahukan jam tangan, tetapi dompet Abdullah. Mangsa dikatakan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

BACA >>> Tak Dapat Main Bola, Pemain Man City Ini Siap Pasang LEGO Bugatti Chiron
BACA >>> Bugatti Chiron Kini dengan Opsyen Bumbung Suria

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WATCH CRIME LONDON (@watch_crime_ldn)

SUMBER: DailyMail | AutoEvolution

Related

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abdullah F. Al Basman, autoterkini, Bugatti Chiron, Roda4, Rompakan Bersenjata, Rompakan London

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev