• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Api Marak Halang Orang Awam Cuba Selamat, Penumpang Kelisa Rentung

Api Marak Halang Orang Awam Cuba Selamat, Penumpang Kelisa Rentung

August 22, 2022 By Han Othman Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG wanita rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kelisa dengan sebuah lori 5 tan jenis Isuzu di Kampung Gong Batu di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, petang semalam.

Insiden berlaku jam 5.35 petang dan mangsa maut dikenali sebagai Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20, manakala pemandu Mohammad Ikhwan Hakim Daud, 21, terselamat serta cedera leher. Pemandu lori turut cedera leher manakala dua penumpang tidak cedera.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Boleh Terbakar Selepas Kemalangan?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cegah Kereta Terbakar yang Perlu Anda Tahu

Kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja di Besut memberi isyarat membelok ke kanan jalan di lokasi kejadian. Namun, tiba-tiba datang pemandu Kelisa dari arah sama dan cuba memotong, tetapi gagal dan melanggar bahagian kanan lori hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

Mangsa lain berjaya keluar dari kenderaan masing-masing kecuali Nurul Emylia Natasha yang berasal dari Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat manakala mangsa cedera dihantar ke hospital sama untuk dirawatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang saksi, Abd Muhaimi Ab Halim, 34, mendakwa pemandu Kelisa dikeluarkan orang awam selepas melihat kereta mangsa mula terbakar. Beberapa pengguna jalan raya cuba menyelamatkan Nurul Emylia Natasha, tetapi gagal membuka pintu penumpang depan kerana api semakin marak.

Selepas itu, saya bersama beberapa pengguna jalan raya lain cuba menghampiri semula kereta yang sedang terbakar untuk mengeluarkan mangsa tetapi bunyi api sangat kuat dan semakin marak.

“Saya cuba mendapatkan pemadam api daripada pengguna jalan raya lain, tetapi tiada seorang pun ada alat tersebut. Jadi kami hanya berserah kepada Allah dan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa," katanya.

BACA >>> #TahukahAnda: 11 Aksesori Wajib Ada dalam Kereta yang Mesti Anda Beli
BACA >>> 5 Sekawan Pelajar Universiti Rentung, Kereta Terbakar Kemalangan dengan Dua Treler

SUMBER: Bernama

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bandar Permaisuri, kemalangan, Kereta Terbakar, Perodua Kelisa Terbakar, Setiu, Terengganu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my