• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo Tak Selesa Dipuji Espargaro Sebagai Pelumba Terbaik

Quartararo Tak Selesa Dipuji Espargaro Sebagai Pelumba Terbaik

August 22, 2022 By Shawkath Leave a Comment

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FABIO Quartararo mengaku kurang selesa untuk mengulas pujian Aleix Espargaro yang mengangkatnya sebagai pelumba terbaik MotoGP pada aksi di litar Red Bull Ring (GP Austria 2022), semalam.

El Diablo menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Francesco Bagnaia daripada Ducati Lenovo, manakalatempat ketiga milik rakan sepasukan Bagnaia, John Miller.

BACA >>> Lorenzo: Quartararo Harapan Baharu Yamaha

Juara dunia 2021 itu menempatkan diri di podium selepas membuat pecutan akhir memintas Miller dan Jorge Martin (Pramac Racing Ducati).

Walaupun hilang lima mata tambahan kepada Bagnaia, El Diablo tetap memberi aksi dan persembahan terbaik di trek untuk Yamaha. Malah aksi pelumba Perancis itu dipuji Espargaro. Quartararo ppabila ditanya mengenai pujian Espargaro yang menganggap dia sebagai ‘pelumba terbaik buat masa ini’ berkata;

Aku tak suka untuk katakan sama ada kamu pelumba terbaik atau bukan. Aku tau buat masa ini aku sedang berikan yang terbaik dan kami memang berdepan beberapa kesukaran.

“Di trek ini, aku jangka lebih buruk berlaku sebab kami guna gear lebih pendek. Gear pertama aku boleh ikut Jack (Miller), tapi bila gear tinggi, aku tak dapat (ikut).

“Sudah tentu Ducati memang kuat, tapi bukan sebab motor. Kau boleh letak motor sempurna, tapi kalau tak ada rider sesuai, kau memang kat belakang.

“Susah nak cakap. Aku rasa macam aku ada pada tahap terbaik sekarang ni dan aku tak mahu berlagak. Itu pujian baik daripada Aleix (Espargaro).”

Aksi di Red Bull Ring menyaksikan Quartararo ketinggalan di tempat keenam selepas dipintas Maverick Vinales. Bagaimanapun, pada pertengahan perlumbaan, Quartararo kembali bangkit dengan menjadi pelumba trek terpantas. Keyakinan pelumba muda itu semakin bertambah apabila berjaya memintas beberapa pelumba Ducati.

Tak rasa macam menang sebab kami cuma kumpul 20 poin. Cuma untuk bersedia nak potong (Ducati) tu paling susah untuk kami (Yamaha).

“Tapi kami berjaya, lagi-lagi Jack (Miller) dan Enea (Bastianini). Memang seronok dan aku lebih yakin dengan gaya tunggangan sendiri. Hari ini (semalam), aku bertarung macam singa.”

BACA >>> Quartararo Juara GP Jerman! Peluang Kekal Gelaran Juara Dunia Kini Makin Cerah
BACA >>> Espargaro Sia-Siakan Peluang Naik Podium, Quartararo Juara GP Catalunya 2022
BACA >>> Yamaha Janjikan YZR-M1 yang Lebih Laju Punca Quartararo Sambung Kontrak

SUMBER: Crash

Related

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, GP 2022 Red Bull Ring, GP Austria 2022, John Miller, Maverick Viñales, MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev