• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Mahu Perkenal Pendidikan Asas Pemandu kepada Pelajar Menengah

Filipina Mahu Perkenal Pendidikan Asas Pemandu kepada Pelajar Menengah

August 19, 2022 By Han Othman Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FILIPINA bakal memperkenalkan pendidikan asas pemandu kepada pelajar peringkat menengah selepas ahli perwakilan daerah, Faustino Dy III memfailkan Rang Undang-Undang Dewan atau Akta Pendidikan Pemandu sebagai sebahagian kurikulum sekolah tinggi.

Jika diluluskan, pelajar sekolah menengah seluruh Filipina, sama ada swasta atau Kerajaan akan diajar mengenai asas pendidikan pemandu yang tidak hanya terhad kepada peraturan lalu lintas dan papan tanda jalan, tetapi turut melibatkan etika jalan raya baik, pemanduan selamat dan tindakan perlu dilakukan ketika berlaku kecemasan.

Justeru Jabatan Pendidikan (DepED) akan bekerjasama dengan Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) untuk membangunkan kurikulum pelajar yang akan digunakan di sekolah.

LTO baru-baru ini membuka ruang kepada orang awam untuk mengunjungi Pusat Interaktif Keselamatan Jalan Raya (RSIC), iaitu fasiliti terbaharu agensi Kerajaan itu yang terletak di Bandar Quezon.

RSIC dibina untuk mempromosikan keselamatan jalan raya dan membantu kanak-kanak dan orang awam menerusi penggunaan teknologi, memahami asas peraturan jalan raya dan risiko bahaya yang mungkin berlaku jika tidak dipatuhi.

Related

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Faustino Dy III, Filipina, Jabatan Pendidikan (DepED), Pejabat Pengangkutan Darat (LTO), Pusat Interaktif Keselamatan Jalan Raya (RSIC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev