• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / iPhone 14 Percuma Jika Beli e-Skuter Kustom Emas 18 Karat, Harga RM218k!

iPhone 14 Percuma Jika Beli e-Skuter Kustom Emas 18 Karat, Harga RM218k!

August 17, 2022 By Shawkath Leave a Comment

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT rekabentuk eksklusif telefon pintar dan aksesori buatan tangan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE),  Caviar Royal Gift membuka pratempahan skuter elektrik kustom, Minimotors Thunderball yang disadur emas 18 karat dengan anggaran harga AS$49,000 (RM218,810).

Setiap pratempahan akan mendapat percuma telefon pintar iPhone 14, manakala model skuter elektrik itu akan ditayangkanpada 1 Oktober nanti.

BACA >>> Bugatti Pamer e-Skuter dengan Tiga Mod Tunggang, Kelajuan Maksimum 29kmj
BACA >>> e-Skuter Wajib Ada Insurans di Itali

MiniMotors ialah pengeluar skuter elektrik Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan produk sejak 1999. Skuter Thunderball pula ialah produk dibangunkan daripada varian MiniMotors Dualtron X2.

Berikut spesifikasi Dualtron X2 berdasarkan maklumat laman web MiniMotors:

  • Dilengkapi dua unit motor 8.3kW dengan pek bateri utama 72V 3,042watt-jam.
  • Juga ada pek bateri kedua 12V untuk kegunaan sistem lampu dan lain-lain.
  • Jarak tunggangan 150km dengan kelajuan maksimum 88.5kmj.
  • Sistem brek hidraulik dengan cakera brek 160mm berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Berat skuter 65kg.
  • Mampu membawa muatan berat hingga 150kg.

Harga Dualtron X2 standard bermula serendah AS$6,490 (RM28,980), dan aksesori lain turut ditawarkan seperti pelana dengan caj tambahan.

Selain disadur emas, Minimotors Thunderball turut mendapat pelana, termasuk kustom lain, tetapi tiada perincian didedahkan.

Output kuasa skuter kustom Caviar itu ialah 8.3kW, manakala kelajuan maksimum 100kmj, menandakan peningkatan berbanding produk standard Dualtron X2, tetapi kedua-duanya memiliki jarak tunggangan maksimum sama.

BACA >>> MBPP: Tiada Lesen Dikeluarkan untuk e-Skuter Pulau Pinang
BACA >>> e-Skuter Malaysia Eclimo ES-11 Mampu Ditunggang 100km, Kos Cas Cuma RM2!
BACA >>> Hyundai Dedah e-Skuter RWD dengan Jarak Perjalanan 20km

SUMBER: RideApart

Related

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: aksesori, Caviar Royal Gift, e-Skuter, MiniMotors Dualtron X2, Minimotors Thunderball, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev