• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Lancar Sportbike 4-Silinder ZX-4R (2023) di Amerika Tahun Depan?

Kawasaki Lancar Sportbike 4-Silinder ZX-4R (2023) di Amerika Tahun Depan?

August 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

870
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI bakal memperkenalkan sportbike Ninja ZX-4R dengan trenkuasa 4-silinder sebaris 399cc sebagai model 2023 di Amerika Syarikat (AS).

Berita itu terdedah berikutan pendedahan senarai kod Nombor Identifikasi Kenderaan (VIN) baharu yang disiarkan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di AS.

BACA >>> Kawasaki Tunggu Masa Lancar ZX-4R (2022), Fokus Pasaran Eropah?
BACA >>> Lakaran Paten Model Kawasaki Ninja ZX-4R Bocor!

Bagaimanapun, kod VIN itu tidak memberikan sebarang gambaran mengenai rupa bentuk ZX-4R, tetapi dijangka tidak jauh berbeza dengan sportbike suku liter 4-silinder ZX-25R yang dijual di Jepun dan beberapa negara Asean lain.

Desas-desus mengenai ZX-4R pernah tular sebelum ini menerusi foto paten rekaan fairing baharu dengan banyak skup untuk menyuapkan lebih banyak udara ke ruang enjin bagi meningkatkan proses penyejukan.

Dokumen paten turut mendedahkan rekacipta fairing itu yang sesuai diaplikasikan pada jentera dengan trenkuasa 4-silinder 400cc. Kod VIN bertarikh 22 Mac 2022 itu mengesahkan ZX-4R akan hadir sebagai model 2023 di AS. Terdahulu, ada juga versi kod VIN sama disiarkan pada Disember 2021.

Perubahan tersebut adalah senarai untuk dua model dengan kod ZX400PP dan ZX400SP yang mendedahkan maklumat seperti berikut:

  • ZX mewakili sportbike prestasi seperti ZX-10R, ZX-6R dan Ninja H2.
  • 400 pula menandakan kapasiti enjin.
  • Abjad pertama selepas kapasiti enjin menandakan model tertentu (S atau P).
  • Abjad P kedua pula mewakili tahun (2023) mengikut standard industri.
  • Angka 399 mewakili kapasiti, manakala angka 4 (kolum 6 dan 7) merujuk kepada bilangan silinder dan bilangan lejang.
  • Kolum kelapan sepatutnya memaparkan data kuasa dalam format kilowatt (kW).
  • Kolum kesembilan pula ialah tarikh embargo.

Bagaimanapun, nama sebenar ZX-4R tidak didedahkan dalam senarai kod VIN itu, tetapi dijangka itulah nama model yang akan diperkenalkan kelak.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-4R, Sportbike 4-Silinder 400cc dalam Pembikinan?

SUMBER: Motorcycle

Related

870
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki USA, Kawasaki ZX-4R, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), roda2, Sportbike 4-silinder 400cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev