2016 terus jadi tahun mencabar buat Perodua apabila berdepan dengan keadaan ekonomi tidak menentu. Namun ia berjaya mencatatkan penjualan sebanyak 207,100 unit kenderaan sepanjang 2016.
Biarpun susut sebanyak 3 peratus berbanding tahun sebelumnya, Perodua berjaya menguasai 35.7 peratus perkongsian pasaran dan paling tinggi daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) iaitu sebanyak 579,600 unit.
Dalam erti lain, Perodua berjaya menjadi jenama automotif nombor satu paling laris di pasaran Malaysia.
BACA >>> Perodua Jenama No.1 Kegemaran Rakyat Malaysia Sepanjang 2016
AXIA PALING LAKU
Daripada 207,100 unit kenderaan yang dijual tahun lalu, Perodua Axia masih kekal sebagai model terlaris dan diikuti dengan Myvi, Alza dan Bezza.
Perodua Axia berjaya merekodkan penjualan sebanyak 85,895 unit sepanjang 2016. Manakala Perodua Myvi pula berada di kedudukan ke-2 dengan jumlah penjualan sebanyak 51,234 unit.
Berikut adalah jumlah jualan Perodua mengikut model sepanjang 2016;
- Perodua Axia - 85,895 unit
- Perodua Myvi - 51,234 unit
- Perodua Alza - 35,048 unit
- Perodua Bezza - 34,930 unit
* Model Bezza mula dijual pada 21 Julai 2016.
PERODUA AXIA 2017
Dalam pada itu, Perodua turut memperkenalkan secara rasmi model Axia 2017 semalam bersempena Karnival MYPerodua Nation yang berlangsung di Aeon Mall Shah Alam.
Apa yang menarik, Perodua Axia 2017 menerima beberapa perubahan kosmetik untuk menjadikan ia tampak lebih sporty selain dipadankan enjin baharu. Harga jualan bermula RM24,900 hingga RM42,900.
BACA >>> Perodua Axia 2017 Kekal Awesome – Harga Bermula RM25,000
Leave a Reply