TIMBUL desas-desus dari negara seberang mengatakan Toyota Indonesia akan menghentikan pengeluaran dan jualan model Vios berikuta susulan pelancaran model Yaris Ativ (atau Vios) serba baharu di Thailand baru-baru ini.
Malah model Vios serba baharu itu dijangka diterima Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) dan Toyota Astra Motor (TAM) untuk pengeluaran.
BACA >>> Perbezaan 4 Varian Toyota Vios Serba Baharu (2022)
BACA >>> Thailand Lancar Toyota Vios (2023) Serba Baharu, 4 Varian, Harga Mula RM67k!
Pengarah Hal Ehwal Korporat TMMIN, Bob Azam berkata, pengeluaran model generasi baharu Vios itu mendapat arahan pihak TAM.
Malah, beliau menyatakan Toyota juga ada polisi prosedur operasi standard (SOP) yang memberikan keutamaan mengikut model dihasilkan di sesebuah negara. Sebagai contoh, Vios ialah model utama Toyota di Thailand, manakala Innova ialah produk utama Indonesia. Maksudnya, setiap negara ada model utama tersendiri.
Bob berkata;
Jika mencapai kejayaan, barulah akan dihasilkan di tempat lain. Ini kerana kita perlu mengutamakan model mana harus dihasilkan.
“Jadi ini untuk membantu kami mengurangkan kos dan material. Jika tidak bersifat efisien, ia boleh meningkat hingga 80 peratus. Kita tunggu TAM.”
Bob berkata lagi, memang ada kemungkinan pengeluaran Vios tidak diteruskan di Indonesia dan bukan sekadar bergantung kepada jualan dalam skala kecil.
Jadi, mana satu kami utamakan? Ada juga model baharu, ada juga untuk eksport dan lain-lain. Kami akan utamakan mana satu lebih efisien. (Keutamaan) adalah untuk pasaran domestik skala besar dan disusuli eksport tinggi.”
Sementara itu, Pengarah Pemasaran TAM, Anton Jimmi Suwandy berkata, pihaknya masih meneruskan jualan Vios buat masa ini.
Ada khabar angin mengatakan jualan Vios dihentikan. Saya tak rasa itu benar. Ada beberapa perkara saya tidak dapat beritahu sekarang. Tetapi apa yang pasti, sama ada Vios generasi semasa atau model baharu, kami tetap meneruskan jualan model Vios,” katanya
Menurut Anton, jualan model sedan di Indonesia menyaksikan perubahan berikutan pelarasan skim cukai diperkenalkan Kerajaan.
Cuma, jika dibandingkan jumlah model bukan sedan, nampak peratusan sedan masih agak kecil. Maka tidak boleh dikatakan saiz pasaran sedan itu besar.
“Pasaran terbesar ialah kenderaan pelbagai guna (MPV), disusuli kenderaan utiliti sukan (SUV) dan ketiga, hatchback.”
Anton menegaskan stok semasa Vios masih ada, tetapi beliau mengakui perlu menghubungi rakan pengedar untuk bertanya sama ada masih ada bekalan atau sebaliknya.
BACA >>> Toyota Thailand Lancar Yaris Ativ (Vios) Facelift, Harga Mula RM67k!
BACA >>> Jualan Toyota Vios Kurang Memberangsangkan, Pengguna Indonesia Pilih Honda City
BACA >>> Indonesia Tawar Varian Hibrid untuk Toyota Corolla Altis (2022), Harga RM150k
SUMBER: Kompas
Leave a Reply