• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Seludup 6 PATI dari Kota Bharu ke Klang, Tiga Sorok dalam But Kereta

Pemandu Seludup 6 PATI dari Kota Bharu ke Klang, Tiga Sorok dalam But Kereta

August 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AWAL bulan ini, polis menahan seorang pemandu Toyota Vellfire berumur 17 tahun yang dipercayai menyeludup 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke ibu negara dari Kelantan.

Semalam, polis mematahkan satu lagi cubaan menyeludup enam PATI dari Kelantan, yang menggunakan Nissan Teana dari Kota Bharu ke Klang, Selangor.

BACA >>> BERITA AUTO: Nissan Teana Raih 5-Bintang ASEAN NCAP
BACA >>> Nissan Altima (2021) Facelift Lancar di Amerika, Apa Nasib Teana Malaysia?

Menurut laporan, sedan itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Tun Teja, Alam Impian di Shah Alam, dan siasatan mendapati pemandunya menerima upah RM1,800 untuk menghantar kumpulan PATI tersebut.

Siasatan awal mendapati pemandu Teana tersebut ialah lelaki tempatan berusia 31 tahun, dan membawa tiga warga asing lelaki di kerusi belakang, manakala tiga perempuan disorokkan dalam but.

Semua PATI berumur antara 18 dan 36 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Suspek pemandu turut mengaku menerima upah RM300 bagi setiap seorang PATI daripada individu dipanggilan 'Pok Sey'.

Pemeriksaan lanjut polis terhadap beg suspek membawa menemukan peralatan menghisap dadah dan satu plastik mengandungi 50 biji pil merah, dipercayai pil kuda.

Suspek direman 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Kumpulan PATI pula direman 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

SUMBER: Polis Shah Alam

Related

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Lelaki Kelantan, Mohd. Iqbal Ibrahim, Penyeludupan PATI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my