• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Akta Rempit Akan Digubal, Denda Hingga RM10k, Tak Terkecuali Bengkel, Ibu Bapa

Akta Rempit Akan Digubal, Denda Hingga RM10k, Tak Terkecuali Bengkel, Ibu Bapa

August 10, 2022 By Aryon Leave a Comment

548
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN bakal memindah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mat rempit yang menunggang motosikal melulu atau berlumba haram dalam usaha membanteras kegiatan berbahaya itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, pindaan itu melibatkan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membabitkan kadar denda lebih tinggi, hukuman penjara dan sitaan bengkel yang mengubah suai motosikal mat rempit untuk berlumba haram.

BACA >>> Pulau Pinang Pernah Bukan Tender Litar Lumba, Tiada Syarikat Berminat
BACA >>> Pengaruh Rakan Sebaya, Diri Sendiri Punca Gejala Rempit

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan sduah mengadakan perbincangan bersama beberapa agensi Kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi menangani masalah mat rempit yang semakin berleluasa kini.

Bagi langkah jangka pendek, JPJ bersama PDRM akan meneruskan operasi di lokasi mat rempit berlumba haram dengan menggunakan beberapa strategi baharu," katanya.

Isham berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di Georgetown, kelmarin.

Bagi langkah jangka panjang, pindaan Akta Pengangkutan Jalan itu dijangka dibentangkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun depan bagi memberi kuasa kepada PDRM dan JPJ untuk menguatkuasakan akta berkenaan lebih menyeluruh.

Berikut apa yang mugnkin dilaksanakan dalam akta terbaharu nanti:

  • Saman atas kesalahan berlumba haram RM300 mungkin dinaikkan hingga RM5,000 atau RM10,000.
  • Pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin diberi kuasa menyita dan menarik balik lesen bengkel yang mengubah suai motosikal bagi kegiatan lumba haram.
  • Mereka yang terlibat lumba haram bakal dikenakan hukuman penjara.
  • Ibu bapa kepada remaja berusia bawah 18 tahun yang terlibat, termasuk penyokong dan penonton lumba haram juga akan dikenakan tindakan.

Kami pernah pinda akta berkaitan pemandu mabuk sebelum ini dan sudah dilaksanakan. Nampaknya didapati berkesan iaitu dengan mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah memandu dalam keadaan mabuk, jadi kami harap pindaan ini (mat rempit) juga dapat berjaya," kata Isham.

Pada 17 Julai lalu, lima lelaki maut dan dua penunggang motosikal parah dalam kemalangan melibatkan beberapa motosikal dan dua kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang.

Kemalangan jam 4 pagi itu dipercayai berlaku akibat kegiatan sekumpulan mat rempit berlumba haram, dan siasatan awal di lokasi mendapati beberapa penunggang motosikal hilang kawalan dan merempuh satu sama lain dalam kejadian tersebut.

BACA >>> Rempit Ketika Terawih, Tiga Remaja Sekolah Maut, Seorang Parah Motor Bergesel
BACA >>> Mana-Mana Rancak, Mat Rempit Buat Aksi Superman di Jambatan Pulau Pinang

SUMBER: Bernama

Related

548
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Rempit, Auto Terkini, Datuk Isham Ishak, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev