• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Can-Am Perkenal Motosikal Elektrik Dua Roda

Can-Am Perkenal Motosikal Elektrik Dua Roda

August 10, 2022 By Aryon Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CAN-AM terkenal dengan motosikal tiga roda, tetapi pengeluar dari Amerika Syarikat (AS) itu baru-baru ini secara rasmi memperkenalkan motosikal dua roda elektrik yang dijangka menjadi permulaan baharu dalam sejarah jenama itu.

Motosikal elektrik Can-Am diperkenalkan dalam dua varian, iaitu Pulse untuk tunggangan urban dengan rim sport dan Origin yang mensasarkan tunggangan off-road dengan rim jejari. Kedua-dua varian memiliki sedikit perbezaan rekabentuk dari segi kluster lampu utama.

Berikut ringkasan motosikal EV tersebut:

  • Keseluruhan rekabentuk tidak banyak berbeza berbanding motosikal petrol yang dijual di pasaran.
  • Tiada maklumat spesifikasi didedahkan. Berdasarkan imej, motosikal elektrik ini dijana enjin Rotax e-Power yang dipasangkan di tengah.
  • Menurut Can-Am, motosikal ini memiliki keupayaan mengecas pantas Level 2.

  • Tiada pelana pembonceng disediakan yang ditutup plastik dengan rekaan ringkas.
  • Varian Pulse didatangkan dengan fender boleh tanggal.
  • Motosikal elektrik ini secara rasmi menyertai barisan produk Can-Am bermula 2024. Buat masa ini Can-Am masih mengekalkan jualan tiga model motosikal tiga roda jenama itu, iaitu Ryker, Spyder F3 dan Spyder RT yang dijual pada harga antara AS$8,999 (RM40,110) dan AS$24,699 (RM110,080).

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: can-am, Can-Am Origin, Can-Am Pulse, motosikal elektrik, Motosikal Elektrik Can-Am, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my