• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Harley-Davidson X8E (1912) Steve McQueen Dilelong, Dianggarkan Lebih RM500k

Harley-Davidson X8E (1912) Steve McQueen Dilelong, Dianggarkan Lebih RM500k

January 20, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


MOTOSIKAL milik pelakon legenda Hollywood, Steve McQueen, Harley-Davidson X8E (1912) kini siap sedia dilelongkan sempena Lelongan Motosikal Las Vegas anjuran Bonhams di Rio Hotel & Casino pada 26 Januari ini.

Motosikal berpedal dengan silinder-kembar (nombor enjin 7691B) itu ialah contoh model pacuan-semua-rantai pertama Harley-Davidson yang diperkenalkan pada 1912 pada harga AS$310 (RM1,379). Dengan enjin 1,000cc, motosikal itu turut dilengkapkan dengan pencucuh magneto, klac, fender skirt dan kerusi tunggal dengan spring koil.

STEVE MCQUEEN
STEVE MCQUEEN

Dalam sekian banyak ciri asal, warna badan motosikal dikatakan bukanlah cat asal daripada kilang. Khabarnya warna itu dicat sendiri McQueen bersama rakannya, Kenny 'Von Dutch' yang juga seorang mekanik dan pereka kustom legenda di Amerika Syarikat (AS). Namun, cerita itu masih menjadi misteri dan kekal sebagai khabar angin masyhur di kalangan peminat permotoran di AS.

Dijual pada 1984 di lelongan harta McQueen, Harley-Davidson X8E (1912) ialah aset terakhir Bonhams pada 2015 yang berada di bawah pengawasan pemilik semasa.

Ditawarkan bersama sijil ketulenan yang siap ditandatangani oleh Terry dan Chad McQueen (anak Steve), motosikal cruiser klasik itu dijangka menjadi bintang hebat pada pameran itu yang dinilai berharga AS$120,000 (RM533,879).

GALERI

SUMBER: Robb Report

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, Bonhams, Harley-Davidson, Harley-Davidson X8E (1912), lelong, roda2, Steve McQueen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my