• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hampir 20k Lori Kemalangan 6 Bulan Pertama 2022, JPJ dan SPRM Mahu Gempur Puspakom!

Hampir 20k Lori Kemalangan 6 Bulan Pertama 2022, JPJ dan SPRM Mahu Gempur Puspakom!

August 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

6.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, ada 19,888 lori terlibat kemalangan sepanjang enam bulan pertama tahun ini?

Jadi bag imengurangkan risiko kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal melaksanakan Ops Puspakom (Ops Khas Roadworthiness Kenderaan Perdagangan) secara mengejut di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seluruh negara.

lori-simen-kemalangan-bg
5-sekeluarga-maut-kemalangan-treler-kuantan-bg

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim menyatakan sudah meminta pasukannya membuat pemeriksaan di Puspakom Wangsa Maju, termasuk akan ‘melawat’ pusat Puspakom lain.

Menurutnya;

Kita tidak akan maklumkan terlebih dulu bila akan masuk bersama SPRM ke Puspakom untuk buat pemeriksaan.

"Ini menunjukkan komitmen tinggi kita untuk memastikan kenderaan yang melalui proses pemeriksaan di Puspakom apabila keluar dalam keadaan status cukup bersedia digunakan tanpa memberi sebarang ancaman keselamatan dari segi mekanikal dan teknikal tidak lengkap.”

puspakom
puspakom - 1
JPJ Sprm Gempur Puspakom 1
JPJ Sprm Gempur Puspakom 0

Malah, pasukan Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ seluruh negara (ibu pejabat dan negeri) turut akan membuat pemeriksaan di Puspakom sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Zailani menjelaskan lagi;

Ia bagi melihat aspek pemeriksaan kenderaan dibuat dengan lancar dan mengikut peraturan tatacara sebenar serta sepatutnya.

"Pihak Puspakom diminta melaksanakan operasi dalaman secara lebih kerap dan mereka ada audit dengan tatacara sendiri serta diperhatikan pasukan kejuruteraan automotif JPJ.”

JPJ Sprm Gempur Puspakom 3
JPJ Sprm Gempur Puspakom 4

Kakitangan JPJ akan menyemak semula pemeriksaan untuk item membabitkan keselamatan tinggi seperti tayar, brek dan lain-lain.

JPJ turut mengadakan Ops Khas Roadworthiness Kenderaan Perdagangan di Puspakom Wangsa Maju melibatkan 256 kenderaan diperiksa dan 140 daripadanya diambil tindakan untuk pemeriksaan semula, manakala 73 saman dikeluarkan.

Dalam operasi semalam juga turut melibatkan ujian saringan air kencing ke atas 12 pemandu yang mana tiga daripadanya positif dadah.

STATISTIK KEMALANGAN KENDERAAN BERAT

  • Setakat Januari-Jun 2022, 19,888 lori direkodkan terlibat kemalangan jalan raya seluruh negara, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Jumlah itu menunjukkan peningkatan 28 peratus berbanding tempoh sama 2021 (15,487 lori).
  • Ada kemalangan berpunca daripada masalah teknikal seperti kegagalan sistem brek.
  • Statistik membabitkan kenderaan berat jenis lori rigid dan kenderaan bersendi.

AMARAN KEPADA PEMILIK, PENGUSAHA SYARIKAT LORI

  • JPJ mengingatkan semua pengusaha pengangkutan dan pemandu kenderaan, terutama kenderaan perdagangan supaya sentiasa patuh semua peraturan jalan raya ditetapkan, termasuk membuat pemeriksaan berkala di Puspakom.
  • JPJ tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan, terutama kegagalan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan harian seperti digariskan dalam Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).
  • Jika gagal patuh, tindakan sita akan diambil di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Ops Khas Roadworthiness Kenderaan Perdagangan
  • Fokus kepada penilaian standard dan tahap pematuhan pemeriksaan di Puspakom berhubung kualiti
    penyelenggaraan teknikal kenderaan perdagangan.
  • Tujuannya, memastikan kenderaan yang lulus pemeriksaan mencapai jaminan keselamatan tinggi untuk keselamatan semua pengguna jalan raya.
  • Meningkatkan literasi kepentingan penyelenggaran berkala yang selamat, iaitu sebelum, semasa dan selepas operasi syarikat secara harian.

BACA >>> Treler Tak Sempat Brek Punca Kemalangan 11 Kenderaan di Shah Alam
BACA >>> Brek Treler Masalah Punca 8 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil
BACA >>> Treler Terbabas Selepas Terowong Menora, Laluan Selatan Terhalang, Trafik Sesak 5km!
BACA >>> Video Treler Hilang Kawalan, Rempuh Pemandu Camry Warga Emas
BACA >>> Enjin Rosak ketika Daki, Treler Terundur Hingga Rempuh Rumah, Pemandu Pula Positif Dadah
BACA >>> Nahas 7 Kenderaan di PLUS, Pemandu Treler Ada 13 Rekod Kesalahan Trafik

SUMBER: Sinar Harian | Berita Harian | JPJ

Related

6.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Zailani Hashim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kejuruteraan Automotif JPJ, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Puspakom Wangsa Maju, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev